Monday, 12 December 2011

Untethered Jailbreak iOS 5.0.1 akan release bila-bila masa!

Salah seorg hacker terkenal iaitu ‘pod2g’ mengumumkan bahawa beliau telah berjaya melakukan jailbreak ke atas iPhone 4 yang menggunakan iOS 5.0.1. Apa yang lebih mengejutkan ialah ianya adalah versi “Untethered Jailbreak” yang sememangnya versi yang ditunggu-tunggu oleh semua jailbreakers semenjak iOS5 diperkenalkan. Khabar angin berkenaan kejayaan pengenalan versi ini sebenarnya telah berlegar sejak beberapa hari yang lalu dan kini ianya telah disahkan berikutan dengan pendedahan laman web www.idownloadblog.com.

Menurut laman web tersebut, pod2g telah mengirimkan bukti video bagi melakukan Jailbreak iOS 5 tersebut  pada minggu lalu keapda mereka yang seterusnya mengesahkan bahawa ianya (untethered jailbreak) sememangnya berfungsi untuk iPhone 4. Pod2g juga sempat menyampaikan pesan kepada follower di laman twitter beliau supaya pengguna iPhone 4 tidak perlu teragak-agak lagi untuk melakukan update kepada iOS 5.0.1 memandangkan  versi jailbreak tersebut akan dilancarkan pada bila-bila masa mulai sekarang. Walaubagaimanapun tiada sebarang maklumat rasmi sama ada ianya sesuai digunakan untuk model iPhone 4S atau tidak.

Bagi admin, berita ini adalah suatu petanda baik kepada Jailbreakers terutamanya selepas kali terakhir versi untethered diperkenalkan ialah bagi versi iOS 4.3.3. Manakala iOS 5.0 hanya menawarkan versi tethered jailbreak yang penggunaannya amat melecehkan. Sehubungan itu, admin berharap kepada semua pembaca, supaya dapat terus stay tuned kepada blog www.myiphone2u.blogspot.com bagi mengetahui perkembangan terkini berkaitan perkara tersebut.

screen shot yang diambil dari laman twitter pod2g

Thursday, 1 December 2011

Menangkap Gambar via iPhone Tanpa Menyentuh iPhone


Tahukah anda bahawa anda boleh menangkap gambar menggunakan iPhone tanpa menyentuh iPhone anda? Ianya boleh dilakukan menggunakan sambungan headphone sama ada secara biasa tau menggunakan Bluetooth. Kaedah ini adalah salah satu trick yang hebat dan sudah tentu ianya melalui iOS 5. Kelihatan sungguh jelas tapi sebenarnya kita tidak pernah terfikir pun mengenai trick ini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan hanya sambungkan kabel headphone anda/atau secara Bluetooth>open aplikasi kamera>Nah! Anda seterusnya mampu mengambil gambar dengan hanya klik butang ‘+’ yang ada pada headphone anda (juga boleh dilakukan dari jauh bagi set headphone menggunakan sambungan bluetooth)

Kaedah ini amat berguna ketika anda berhasrat menangkap gambar yang menarik semasa melancong berseorangan menggunakan aplikasi kamera di iPhone tanpa timer. Apa yang diperlukan ialah menetapkan kedudukan iPhone di tempat yang stabil (boleh juga menggunakan tripod dan kreativiti lain) dan Bluetooth headphone sebagai clicker.

Adakah anda telah mencuba kaedah ini? Mari berkongsi pengalaman anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...