Wednesday, 26 October 2011

iOS 5 Review: Perbandingan Tempoh Load Page Web menggunakan iOS5 VS iOS4

Berikut adalah berita baru yang Admin terima daripada seorang pengirim emel blog myiphone2u.blogspot.com di mana kandungan emel tersebut menyatakan perbandingan kelajuan dalam melayari laman web di antara iOS 5 dan iOS 4.

Laman web New Relic telah membuat kajian dengan menggunakan data Real User Monitoring (teknologi pemantauan pasif yang merekodkan semua interaksi pengguna di laman web) untuk menganalisis dan menyemak sama ada melayari internet secara mobile menggunakan iOS5 adalah lebih pantas berbanding iOS4.

Hasil daripada kajian tersebut secara purata melibatkan 3000 laman web mendapati tempoh bagi muat turun (load page) laman web dengan menggunakan iOS 5 adalah 4.1 saat berbanding iOS 4 iaitu 9.6 saat. Dalam satu ujian terkawal pula mendapati tempoh load page laman web bagi iOS 5 adalah 1.88 saat berbanding 6.34 saat untuk iOS 4.

Oleh yang demikian berdasarkan penemuan tersebut sudah pasti menjadi sebab yang kukuh mengapa pengguna iPhone perlu berubah kepada iOS 5 dengan segera bagi menikmati pengalaman pelayaran laman web yang lebih sempurna.


iOS 5 Review - Photo Stream via iCloud

Klik untuk paparan lebih besar
Jika anda sering berdepan dengan kesukaran untuk melihat gambar di atas skrin iPhone 3.5" anda, pihak admin menjangkakan bahawa anda pasti menyukai ciri ini yang dikenali sebagai "Photo Stream". Photo Stream berfungsi untuk menyimpan gambar dalam mode sync merentasi semua peranti iDevices anda (yang menggunakan iOS5) termasuk juga secara terus kepada Mac dan PC di rumah. Sebagai contoh sekiranya anda memindahkan gambar daripada kamera atau DSLR anda, pada masa yang sama ianya juga dapat dipaparkan secara automatik pada mana-mana iDevice anda seperti iPad, iPhone, dan juga iPod Touch.

iCloud akan berperanan menguruskan Photo Stream anda dengan cekap supaya anda tidak kehabisan ruang storan (space) pada iPhone, iPad atau iPod Touch. Sekiranya anda mengaktifkan ciri Photo Stream pada mana-mana iDevice anda, setiap gambar yang diambil akan muncul dalam "Photo Stream Album" yang akan menyimpan sehingga 1000 gambar terakhir anda. Jika anda mahu mengubahsuai atau menyimpan gambar kegemaran, anda hanya perlu menyimpannya di dalam Camera Roll Album.

ALERT!!!

Berdasarkan pemerhatian Admin, terdapat 2 kelemahan utama ciri "Photo Stream" ini iaitu:

1. iCloud hanya akan menyimpan gambar di dalam "Photo Stream Album" selama 30 hari sahaja. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk menyimpan semula gambar yang menjadi kegemaran dalam tempoh tersebut di mana-mana iDevice anda.

2. Sekiranya anda secara tidak sengaja merakamkan gambar yang dilarang atau gambar yang memalukan untuk ditunjukkan kepada keluarga anda, anda tidak boleh memadamnya secara terus di iCloud Photo Stream Album sehinggalah anda memutuskan semua sambungan iCloud pada semua iDevice. Tindakan ini memungkinkan SEMUA gambar di dalam iCloud akan terpadam tanpa sebarang notis. Oleh itu sebelum anda berdepan dengan masalah ini, admin menasihatkan supaya anda berfikir dahulu sebelum merakamkan gambar yang sensitif yang mungkin tidak semua orang selesa untuk melihatnya.

Secara keseluruhannya Admin berpendapat Photo Stream merupakan antara ciri yang menakjubkan yang ditawarkan oleh iOS 5. Walaubagaimanapun, tanpa keupayaan untuk memadam gambar secara individu, pengguna mungkin berpotensi untuk merasa cepat bosan apabila mendapati mereka perlu mematikan dan mengaktifkan semula ciri tersebut sekiranya berhadapan dengan masalah seperti yang dinyatakan di atas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...