Wednesday, 28 December 2011

Bagaimana Menentukur Semula (Recalibrate) Home Button iPhone/iPad

Kadang-kadang pengguna iDevice  pada masa-masa tertentu akan berdepan dengan situasi di mana  Home button iPhone atau iPad mereka akan mengalami sindrom kurang responsif terhadap sebarang tekanan yang dikenakan. Ini merupakan perkara biasa yang berlaku memandangkan button tersebut adalah bersifat mekanikal dan terdedah kepada pelbagai risiko kerosakan.

Walaubagaimanapun berdasarkan laman web www.idownloadblog.com, button Home tersebut sebenarnya masih boleh ditentukur semula (recalibrate) supaya ianya lebih sensitif dan kembali responsif seperti sedia kala. Berikut adalah kaedah bagaimana untuk membuat penentukuran (recalibrate) Home button iPhone atau iPad anda:

Step 1: buka mana-mana Apple default apps seperti Weather atau Stocks

Step 2: tekan Power button dan hold sehingga muncul bar “slide to power off”

Step 3: kemudian tekan Home button dan hold sehingga bar “slide to power off” hilang daripada skrin dan app yang dibuka di Step 1 akan close secara paksa.

Home button anda kini sepatutnya lebih responsif kerana ianya telah ditentukur semula (recalibrate). Tahniah!!!

Adakah anda telah menantukur (recalibrate) iPhone atau iPad anda? Sila berkongsi dengan kami.


Tweak Review: 'RecognizeMe' Ciri Keselamatan Baru dari Cydia!

RecognizeMe merupakan satu aplikasi Cydia bagi meningkatkan ciri keselamatan iPhone berasaskan sistem pengenalan biometrik wajah yang telah meraih perhatian ramai pemilik iOS ketika ini. Bagi Apps Developer, ini merupakan percubaan pertama mereka dalam membangunkan sistem pengenalan berasaskan wajah setelah menyedari bahawa kemungkinan untuk Apple memperkenalkan aplikasi tersebut sebagai default app mereka dalam mana-mana iDevice adalah amat tipis.

RecognizeMe akan mengimbas wajah pemilik iPhone dengan menggunakan front camera dan akan membuat perbandingan dengan menggunakan imej-imej yang telah disimpan di dalam pangkalan data iPhone terlebih dahulu.Selepas anda menolak unlock slide bar, anda akan mempunyai 2 pilihan sama ada menggunakan aplikasi RecognizeMe atau memasukkan nombor PIN untuk membuka iPhone anda. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan RecognizeMe, front camera akan mula mengimbas wajah anda dan iPhone tersebut akan unlock secara automatik apabila mendapat perbandingan yang tepat dengan wajah pemilik asal iPhone tersebut. Dalam kes tertentu sekiranya kamera gagal mengimbas wajah pemilik asal, pemilik tidak perlu risau kerana mereka boleh unlock dengan memasukkan nombor PIN. Ini kerana setup aplikasi ini dilakukan bersama passcode lock di Settings.

Admin juga mendapati penggunaan aplikasi ini juga boleh diintegrasikan bersama aplikasi iCaughtU bagi memaksimumkan lagi ciri-ciri keselamatan iPhone anda. (klik SINI untuk muat turun app iCaughtU)

Berikut adalah kaedah untuk memuat turun dan membuat setup aplikasi RecognizeMe:

Step 1: tap ikon Cydia

Step 2: tap Search tab terletak di bahagian bawah Cydia dan type ‘RecognizeMe’

Step 3: tap pada tulisan RecognizeMe yang muncul

Step 4: Anda akan melihat RecognizeMe 1.1.2-1 (atau versi yang paling terkini) di skrin > tap Install tab di sebelah kanan atas skrin

Step 5: tap Confirm tab juga di sebelah kanan atas skrin

Step 6: anda sepetutnya dapat melihat pakej RecognizeMe sedang dimuat turun. Apabila muat turun selesai, tap Return to Cydia dan tunggu sehingga iPhone anda kembali ke lockscreen

Step 7: slide to unlock dan anda akan dapati ikon RecognizeMe di skrin

Melakukan setup aplikasi RecognizeMe:

Step 8: klik ikon RecognizeMe di skrin

Step 9: di menu tap Face Trainer

Step 10: tap Train di sebelah kanan atas skrin

Anda dikehendaki statik bagi membolehkan kamera mengimbas wajah bagi menyediakan data biometrik anda.

Step 11: apabila selesai close RecognizeMe dan tap ikon Settings > General > Passcode  Lock >  masukkan no. PIN anda > close

Tahniah anda telah berjaya setup aplikasi RecognizeMe!

Adakah anda tela muat turun aplikasi RecognizeMe? Sila berkongsi dengan kami!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...