Sunday, 2 October 2011

Apakah itu Cydia?

Cydia Logo
Dalam posting terdahulu, admin ada menyatakan Jailbreak dan ‘Cydia’ yang menimbulkan persoalan ramai tentang apakah itu Cydia? Apa manfaat Cydia? Bagaimana cara install Cydia dan aplikasinya?

Untuk makluman semua, secara umumnya Cydia merupakan satu platform yang hampir sama dengan App Store yang ada di iPhone. Apa yang membezakan antara keduanya ialah, Cydia akan dimuat turun secara automatik melalui kaedah Jailbreak iPhone (klik di sini untuk tutorial Jailbreak) seperti yang telah dinyatakan dalam posting admin sebelum ini.

Melalui Cydia juga anda dapat menaiktaraf (upgrade) fungsi iPhone anda melalui pelbagai jenis Tweak (fine tuning untuk tujuan modifikasi) bagi menjadikan iPhone anda lebih powerfull dan merasai pengalaman sebenar teknologi iPhone dengan kemampuan maksimum berbanding iPhone tanpa Jailbreak (yang biasa-biasa sahaja).

Dengan Cydia di iPhone, anda dapat memuat turun apps yang tidak ditawarkan di Apps Store atau apps berbayar di Apps Store secara percuma melalui sub-platform Installous yang turut boleh dimuat turun daripada Cydia. Sila klik di SINI untuk tutorial bagaimana untuk memuat turun sub-platform Installous melalui Cydia.

Tutorial Jailbreak iPhone Versi iOS 4.3.3 dengan sn0wbreeze 2.7 Unthetered

Seperti yang dijanjikan, pihak admin dengan bantuan laman web www.idrugged.com telah menyediakan tutorial bagaimana untuk membuat ‘Jailbreak’ iPhone bagi versi iOS 4.3.3 dengan menggunakan sn0wbreeze 2.7 unthethered.

PERHATIAN!!! LANGKAH PENTING SEBELUM MELAKUKAN PROSES JAILBREAK:
LANGKAH A: sambungkan iPhone kepada iTunes.

LANGKAH B: right click pada ikon iPhone di side bar dan klik 'Transfer Purchase'.

LANGKAH C:selepas selesai LANGKAH B, right klik sekali lagi di ikon yang sama dan klik ‘Backup’.

LANGKAH D: selepas selesai LANGKAH C, sign out dan close iTunes.


TUTORIAL PROSES JAILBREAK IPHONE:
LANGKAH 1: Download Sn0wbreeze 2.7 untuk Windows di SINI.

LANGKAH 2: Download firmware iOS 4.3.3 IPSW file untuk iPhone 4 (GSM) di SINI.

*(letakkan kedua-dua file tersebut di Desktop untuk lebih memudahkan kerja-kerja jailbreaking)

LANGKAH 3: Klik Sn0wbreeze 2.7 dan klik pada button 'next arrow' berwarna biru di sudut kanan bawah skrin seperti di RAJAH 3.a di bawah. Selepas itu RAJAH 3.b akan muncul di skrin.
RAJAH 3.a


RAJAH 3.b


LANGKAH 4: Drag atau Browse firmware iOS 4.3.3 IPSW file iPhone yang telah dimuat turun di LANGKAH 2 tadi (rujuk RAJAH 4.a di bawah)

RAJAH 4.a


LANGKAH 5: Sn0wbreeze 2.7 akan membuat pengesahan (verify) IPSW file tersebut secara automatik seperti yang ditunjukkan dalam RAJAH 5.a di bawah dan untuk langkah seterusnya klik button 'next arrow' seperti di RAJAH 5.b .

RAJAH 5.a


RAJAH 5.b


LANGKAH 6: Pilih dan klik ‘Expert Mode’ (RAJAH 6.a). Klik button 'next arrow' untuk langkah seterusnya.

RAJAH 6.a

 
LANGKAH 7: Pada menu  pilih dan klik ‘Build IPSW’ untuk mencipta 'iOS 4.3.3 firmware IPSW file diubahsuai' seperti di RAJAH 7.a dan seterusnya klik button 'next arrow'.

RAJAH 7.a


Proses ini akan mengambil masa beberapa minit bergantung kepada prestasi komputer. Untuk mengelakkan kebosanan anda boleh bermain permainan Pac Man yang disediakan. Hehehe!
LANGKAH 8: Selepas proses tersebut selesai, satu mesej ‘Done’ akan muncul di skrin yang memaklumkan bahawa anda telah berjaya mencipta 'iOS 4.3.3 firmware IPSW file diubahsuai' (RAJAH 8.a). File tersebut pada kebiasaannya akan diletakkan secara automatik di Desktop.

RAJAH 8.a


LANGKAH 9: Sambungkan dan matikan iPhone anda. Sebaik sahaja anda klik ‘Start’ (RAJAH 9.a), melalui arahan seterusnya yang tertera di skrin sn0wbreeze 2.7 akan menukar iPhone anda kepada mode DFU . Sila ikuti arahan tersebut dengan cermat.

RAJAH 9.a

ARAHAN YANG AKAN MUNCUL DI SKRIN SEPERTI BERIKUT:
* Hold Power and Home buttons for 10 seconds
* Now release the Power button but continue holding the Home button for 10 more seconds
* You device should now be in DFU mode

PERHATIAN!!!: anda mungkin terpaksa mengulangi turutan  arahan seperti di atas beberapa kali sehingga berjaya menukarkan iPhone anda kepada mode DFU. Sehubungan itu kesabaran amatlah penting.

LANGKAH 10: Selepas berjaya mengikuti arahan di atas, anda akan melihat mesej di skrin seperti RAJAH 10.a di bawah.

RAJAH 10.a


LANGKAH 11:Open iTunes dan klik pada ikon iPhone device di sidebar iTunes. Kemudian tekan dan hold 'Shift' button di keyboard dan klik pada 'Restore' (bukan “Update” atau “Check for Update”)seperti di RAJAH 11.a.

RAJAH 11.a


Seterusnya akan muncul pop up window di skrin di mana anda perlu klik 'iOS 4.3.3 firmware IPSW file diubahsuai' yang dicipta di LANGKAH 8 tadi.

LANGKAH 12: iTunes seterusnya akan melakukan installation 'iOS 4.3.3 firmware IPSW file diubahsuai'  tersebut secara automatik.

Selepas proses tersebut selesai, nah! Anda telah berjaya melakukan Jaibreak iPhone anda dengan Cydia (klik sini untuk mengetahui apakah itu Cydia) tanpa perlu menghantarnya ke kedai telefon dan menghabiskan wang ringgit untuk melakukan perkara yang mudah dan ringkas ini. Tahniah!

LANGKAH 13: klik ikon Iphone device di sidebar iTunes dan seterusnya akan muncul semula button seperti di RAJAH 11.a. klik button 'Restore' (tanpa perlu menekan 'shift') untuk mendapatkan semula apps yang telah dibuat backup di iTunes semasa di LANGKAH C.

Nota kaki: Untuk makluman semua Development Team tidak membangunkan jailbreak software untuk iOS versi 4.3.4 dan 4.3.5 memandangkan tiada keperluan untuk berbuat demikian disebabkan terdapat rumors mengatakan iPhone 5 yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan menggunakan iOS versi 5.0. Oleh yang demikian mereka beranggapan pembangunan jailbreak software untuk iOS 4.3.4 dan 4.3.5 hanya membuang masa dan kini memberi tumpuan untuk menggodam iOS 5.0.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...