Sunday 2 October 2011

Apakah itu Cydia?

Cydia Logo
Dalam posting terdahulu, admin ada menyatakan Jailbreak dan ‘Cydia’ yang menimbulkan persoalan ramai tentang apakah itu Cydia? Apa manfaat Cydia? Bagaimana cara install Cydia dan aplikasinya?

Untuk makluman semua, secara umumnya Cydia merupakan satu platform yang hampir sama dengan App Store yang ada di iPhone. Apa yang membezakan antara keduanya ialah, Cydia akan dimuat turun secara automatik melalui kaedah Jailbreak iPhone (klik di sini untuk tutorial Jailbreak) seperti yang telah dinyatakan dalam posting admin sebelum ini.

Melalui Cydia juga anda dapat menaiktaraf (upgrade) fungsi iPhone anda melalui pelbagai jenis Tweak (fine tuning untuk tujuan modifikasi) bagi menjadikan iPhone anda lebih powerfull dan merasai pengalaman sebenar teknologi iPhone dengan kemampuan maksimum berbanding iPhone tanpa Jailbreak (yang biasa-biasa sahaja).

Dengan Cydia di iPhone, anda dapat memuat turun apps yang tidak ditawarkan di Apps Store atau apps berbayar di Apps Store secara percuma melalui sub-platform Installous yang turut boleh dimuat turun daripada Cydia. Sila klik di SINI untuk tutorial bagaimana untuk memuat turun sub-platform Installous melalui Cydia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...