Wednesday, 21 September 2011

Apakah itu iTunes?

iTunes merupakan aplikasi yang telah dibangunkan lebih awal sebelum kewujudan iPhone yang digunakan dan berfungsi untuk membeli (secara online), memainkan dan mengemaskini fail muzik dan video digital di komputer peribadi (PC) sama ada Mac atau Windows. iTunes menyokong kebanyakan fail multimedia seperti MP3, AIFF, WMA, MPEG 4 dan AAC melalui pemain multimedia Quick Time Player.
iTunes oleh Apple Inc
Dalam hubungan dengan produk iPhone, tidak banyak yang boleh dikatakan berkenaan iTunes memandangkan fungsi asasnya hanyalah untuk mengemaskini sistem pengoperasian (iOS) iphone kepada versi terbaru disamping membuat salinan backup terhadap semua apps dan maklumat yang terdapat dalam iPhone pengguna. Selain itu ianya juga befungsi sebagai penyelamat sekiranya pengguna mempunyai masalah berkaitan dengan sistem pengoperasian iPhone. Pengguna hanya perlu menyambung iPhone mereka kepada iTunes di PC bagi menyalin semula fail dan applikasi sama seperti kali terakhir backup dilakukan.. iTunes juga disambungkan dengan Apps Store bagi memudahkan pengguna iPhone membeli dan memuat turun sebarang applikasi (Apps) iPhone secara online.
Gandingan wajib iTunes bersama iPhone
Dalam erti kata mudah, iTunes merupakan satu keperluan yang penting yang WAJIB ada kepada semua pengguna iPhone bagi tujuan pengemaskinian kandungan iPhone selain membuat backup sekiranya iPhone berhadapan dengan masalah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...