Wednesday 21 September 2011

Pengenalan Tentang iPhone

iPhone ialah sejenis telefon pintar (smartphone) yang mempunyai fungsi internet dan multimedia yang direka dan dipasarkan oleh Apple Inc. Pembangunan iPhone telah bermula sejak tahun 2005 di mana Steve Jobs (CEO Apple Inc.) telah mengarahkan jurutera Apple untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan dengan teknnologi skrin sesentuh (touchscreen).
Steve Jobs bersama iPhone
Gadget tersebut dicipta melalui kerjasama rahsia di antara syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih AT&T Mobility (sama seperti Maxis dan Celcom di Malaysia) dengan anggaran kos sebanyak USD150 juta. Selepas 30 bulan pembangunan, iPhone pertama akhirnya dilancarkan pada 9 Januari 2007 semasa Pameran/Konvensyen Macworld 2007 di California. Sehingga tahun 2010, sebanyak lebih 73.5 juta unit iPhone telah terjual menjadikan Apple sebagai syarikat telefon mudah alih ketiga terbesar di dunia selepas Nokia dan Samsung. Walaupun hanya menguasai 4% pasaran global, namun daripada aspek penjanaan keuntungan, Apple Inc. menduduki tempat teratas dengan penguasaan lebih 50% daripada keseluruhan hasil jualan telefon mudah alih di seluruh dunia. Keadaan ini adalah disebabkan harga iPhone yang lebih mahal berbanding smartphone keluaran syarikat lain. Walaupun dijual dengan harga mahal, namun ianya menjadi kegilaan pengguna smartphone tanpa mengira usia disebabkan keunikannya yang tersendiri. Sehingga kini terdapat 4 generasi iPhone iaitu yang bermula dengan iPhone, iPhone 3G, iPhone 3GS dan yang terkini iPhone 4.
Barisan 4 varian iPhone, 3G, 3GS dan iPhone 4
iPhone boleh berfungsi sebagai kamera video, kamera phone (video call) selain fungsi asas untuk panggilan suara serta SMS/MMS. Selain itu ianya juga berfungsi sebagai gadget multimedia mudah alih dilengkapi dengan capaian internet dan emel bagi kedua-dua sambungan data iaitu samaada 3G dan Wi-Fi. Skrin sesentuh iPhone pula dikatakan termaju di dunia dengan hanya menggunakan keypad maya (virtual keypad) berbanding keypad fizikal bagi telefon biasa. Skrin sesentuh (touchscreen) bersaiz 3.5 inci yang menggunakan kaca (aluminosilicate) tahan calar yang direka khas untk digunakan dengan satu atau lebih sentuhan jari dengan paparan LCD yang mempunyai resolusi 640X960 pada 326 ppi bagi generasi terkini iPhone4.
Generasi iPhone terkini - iPhone 4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...