Wednesday 21 September 2011

Apakah iOS Jailbreaking

Untuk makluman semua setiap unit iPhone original yang dipasarkan oleh Apple Inc telah ditetapkan limitation tertentu dalam aspek ciri dan fungsi . Adalah tidak dapat dipastikan mengapa Apple Inc mengambil tindakan sedemikian. Namun dipercayai ianya ada kaitan dengan strategi pemasaran syarikat itu sendiri dalam usaha berhadapan dengan persaingan dengan gergasi lain seperti Nokia dan Samsung. Terdapat teori yang mengatakan bahawa Apple telah pun mempunyai teknologi masa depan sehingga 10 tahun terkehadapan berbanding dengan apa yang mereka perkenalkan kepada umum pada hari ini. Ianya masih tersimpan rapi sebagai rahsia sulit syarikat. Teknologi tersebut bukan sahaja berbentuk hardware devices, malah merangkumi kejuruteraan software melalui platform sistem pengoperasian iOS mereka.
Sebelum Jailbreak
Seperti OS Windows oleh Micrososft yang kita guna di PC saban hari, iOS juga tidak terkecuali daripada proses penambahbaikan oleh Apple sendiri. Tentu anda semua sukar mempercayai bahawa jurutera Apple bekerja siang dan malam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun sehingga ke saat ini dan hari-hari mendatang hanya untuk memastikan kemampuan iOS mereka dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Jadi adalah tidak mustahil hasil kerja keras penyelidik syarikat tersebut telah melahirkan pelbagai penemuan/teknologi baru yang akan diperkenalkan mengikut versi iOS/iPhone generasi baru mereka apabila tiba masa yang sesuai. Semua penemuan tersebut amat penting demi memastikan produk iPhone mereka terus releven di kalangan pengguna sekurang-kurangnya untuk tempoh masa 10 tahun akan datang.

Seperti yang admin ceritakan dalam entry sebelum ini (sila klik sini), tindakan Apple menjadikan teknologi iOS mereka sebagai ‘open source software’ telah memberikan implikasi pros and cons kepada mereka. Kesan baik tindakan tersebut adalah pihak Apple berjaya mewujudkan satu ekosistem subur sebuah komuniti yang menggunakan teknologi OS Apple khususnya iPhone di kalangan jutaan penduduk dunia yang tentunya memberikan pulangan berbillion $USD kepada mereka. Manakala kesan buruk pula, ianya secara tidak langsung telah melahirkan sebilangan kumpulan kecil dan nakal yang dikenali sebagai ‘iPhone Dev. Team’ yang menggunakan kreativiti mereka untuk menggodam sistem iOS Apple dan seterusnya membangunkan banyak aplikasi yang digunakan bagi tujuan apa yang dinamakan sebagai ‘jailbreaking’ dan ‘unlocking’ iPhone.

iOS jailbreaking ialah satu proses untuk meng ‘unlock’ (admin x jumpa term yg paling tepat. Hehe!) features yang sepatutnya mampu ditawarkan oleh iOS iPhone. Ianya memberikan akses penuh kepada jailbreakers (terma yang digunapakai merujuk kepada pengguna iPhone yang memilih untuk jailbreak iPhone mereka) bagi memperolehi segala ciri dan keistimewaan yang mampu dicapai oleh teknologi iOS terkini. Sebagai contoh katakan sebuah iPhone 3GS original yang dipasarkan daripada kilang hanya dapat memainkan video berkapasiti biasa walaupun dengan teknologi iOS yang ada ia sepatutnya mampu memainkan video berkapasiti definisi tinggi (HD). Pihak Apple telah menetapkan limitation sedemikian atas sebab strategi pemasaran untuk iPhone generasi terbaru mereka iaitu iPhone 4 di mana teknologi video HD akan mula diperkenalkan. Namun dengan adanya iOS jailbreaking, pengguna iPhone 3GS mampu untuk menikmati teknologi tersebut tanpa membuang duit membeli iPhone 4 baru dengan melakukan jailbreak terhadap iPhone 3GS mereka. sebaik sahaja iPhone 3GS tersebut telah di jailbreak, maka pengguna dapat menikmati semua features aplikasi yang ditawarkan sama seperti yang ada di dalam iPhone 4.

Bebaskan iPhone anda!

Kesimpulannya dengan melakukan jailbreak terhadap iPhone, akan memberi kepuasan yang maksimum kepada anda kerana menjadikan anda unik berbanding dengan pengguna iPhone biasa yang lain (apalah gunanya smartphone kalau diri pengguna sendiri x smart, hahaha!). Sebagai seorang jailbreakers anda dapat menerokai teknologi masa depan iPhone yang belum diperkenalkan sehingga ke satu peringkat yang anda sendiri merasakan bagai tak tercapai dek akal yang iPhone anda mampu melakukan segala-galanya untuk anda. Tidak perlulah risau sangat berkaitan amaran kehilangan warranty dsbgnya sekiranya anda melakukan jailbreak. Jika sesuatu terjadi, anda hanya perlu restore to factory default iPhone anda dengan menggunakan iTunes dan nah! iPhone telah kembali ke tetapan asal. Admin berani memberi jaminan yang anda tidak akan rugi untuk mencuba untuk jailbreak iPhone anda. Selamat mencuba dan selamat datang ke komuniti iOS Jailbroken!!!

p.s: tutorial bagaimana untuk jailbreak iPhone akan diperkenalkan dalam entry akan datang. Tungguuuu!

Perbandingan Pelan iPhone 4 16GB Celcom vs Maxis vs Digi


Perang harga gergasi telco

Kepada bakal pengguna iPhone4 admin menyarankan supaya membuat homework terlebih dahulu berkaitan pelan-pelan iPhone yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi (telco) sebelum membuat keputusan untuk membeli gadget tersebut. Ini bagi memastikan pengguna memperolehi pelan mengikut kemampuan masing-masing dan bersifat best value for money untuk jangka masa panjang. Ini kerana setiap pelan yang ditawarkan mempunyai sasaran pengguna tertentu dan mempunyai kelebihan masing-masing. Bakal pengguna perlu mengetahui mereka berada dalam kumpulan lite, medium or heavy user terutamanya dalam aspek penggunaan data, sms dan panggilan suara.

Sehingga kini terdapat 3 syarikat telco di Malaysia yang menawarkan pelan iPhone 4 iaitu Celcom, Maxis dan Digi. Pada entry kali ini pihak admin memperkenalkan jadual yang telah disediakan oleh laman blog http://jong.my/ untuk tujuan perbandingan. Ianya mengambil kira pelan yang paling minimum yang ditawarkan bagi setiap telco merujuk kepada model iPhone4 16G.
Perbandingan Celcom vs Maxis vs Digi
Jika dilihat berdasarkan jadual tersebut Celcom dan Digi bersaing rapat dalam menawarkan pelan yang terbaik kepada pengguna. Hakikat Digi yang tidak menawarkan pelan 12 bulan telah memberikan Celcom kelebihan berbanding telco yang lain. Secara keseluruhan Celcom memenangi persaingan ini dengan memperolehi 11★ berbanding Digi (7★) dan maxis hanya 4★. Dengan menggunakan pelan Celcom pengguna dapat menjimatkan kos sebanyak RM100 hingga RM200 untuk memiliki sebuah iPhone4 16G berbanding telco yang lain.

Walaubagaimanapun, akhirnya pengguna perlu mengambilkira liputan 3G, kualiti panggilan dan penggunaan data di kawasan tempat tinggal dan tidak hanya bersandarkan harga keseluruhan yang ditawarkan oleh telco. Sekiranya mengambil kira aspek liputan 3G dan harga keseluruhan, admin akan mengatakan YA kepada Celcom!!! :)

Apakah iPhone Applications a.k.a 'Apps'

‘Apps’ merupakan singkatan daripada perkataan ‘Applications’ yang merupakan sejenis aplikasi software yang dibangunkan untuk menjalankan fungsi tertentu menggunakan sistem pengoperasian iOS. Sebagai contoh Apps Safari berfungsi sebagai browser yang digunakan untuk melayari internet (sama seperti Internet Explorer bagi Windows). Apps Maps pula digunakan untuk melihat peta, iPod untuk multimedia dan banyak lagi apps yang dibangunkan oleh pihak Apple Inc. seperti Calendar, Photos, Camera, YouTube, Stocks, Weather, Voice Memos, Notes, Clock, Calculator dan Compass.

Apps asas yang dibangunkan oleh Apple Inc.
Pada 11 Jun 2007, Apple Inc. telah mebuat pengumuman bahawa iPhone dapat menyokong apps berasaskan laman web yang dibangunkan oleh pihak ketiga (third party developer atau apps developer). Pada Februari 2008 pula Apple Inc. telah melancarkan Kit Pembangunan Software (SDK) iPhone kepada umum menjadikan ianya salah satu open software. SDK merupakan kit software yang sebelum ini digunakan untuk pembangunan apps oleh Apple secara in-house. Apabila telah dijadikan sebagai open software, maka ianya boleh digunakan oleh apps developer yang mungkin terdiri daripada sesiapa sahaja di dunia secara bebas dan terbuka tanpa tertakluk kepada undang-undang hakcipta (IP). Melalui SDK para apps developer boleh membangunkan apa sahaja apps untuk iPhone mengikut kreativiti masing-masing bagi digunakan untuk menjalankan fungsi tertentu menggunakan iPhone.
Pelbagai Apps menjadi pilihan di Apps Store
Walaubagaimanapun apps developer perlu mendaftar dan membayar yuran terlebih dahulu kepada Apple Inc. sebelum mereka boleh memuat naik (upload) apps mereka. Apps yang telah diupload akan diletakkan di Apps Store (aplikasi yang dibangunkan oleh Apple untuk menjual Apps secara online) di mana ianya akan dibeli dan dimuat turun oleh pengguna iPhone melalui iTunes. Melalui Apps Store, semua apps yang dibangunkan oleh developer akan dijual secara online kepada pengguna iPhone yang berminat di mana apps developer akan mendapat 70% daripada harga yang ditetapkan oleh mereka sendiriLangkah Apple memperkenalkan SDK kepada umum merupakan satu langkah yang bijak kerana Apple kini tidak perlu lagi bergantung kepada in-house apps developer mereka sendiri memandangkan terdapat ramai apps developer dari seluruh dunia yang menyumbang kepada jumlah apps untuk dijadikan pilihan kepada pengguna iPhone. Selain mendapat pulangan yang lumayan hasil bayaran yuran dan jualan apps, pertambahan bilangan apps sepanjang masa telah membawa kepada kegilaan penggunaan iPhone di seluruh dunia memandangkan banyak apps yang dibangunkan berbentuk sangat interaktif dan memudahkan urusan harian kepada pengguna iPhone.

Interaktif dan di hujung jari
Antara Apps yang popular dan mendapat jumlah muat turun yang tertinggi adalah daripada kategori permainan seperti Angry Birds, Farmsville dan FIFA 2011, laman sosial seperti Facebook, Yahoo Massenger dan Twitter, perniagaan online seperti Pay Pal dan eBay selain apps utiliti lain seperti PAPAGO (gps), YouTube (multimedia) dan banyak lagi. Sehingga kini dianggarkan terdapat lebih 350,000 apps di Apps Store dengan jumlah muat turun sebanyak 10 billion sehingga Januari 2011. Pihak Admin akan membuat review terhadap apps yang terpilih dalam entry seterusnya (target 1 hari 1 review. Hehehe).
Beberapa contoh Apps yang popular

Apakah itu iTunes?

iTunes merupakan aplikasi yang telah dibangunkan lebih awal sebelum kewujudan iPhone yang digunakan dan berfungsi untuk membeli (secara online), memainkan dan mengemaskini fail muzik dan video digital di komputer peribadi (PC) sama ada Mac atau Windows. iTunes menyokong kebanyakan fail multimedia seperti MP3, AIFF, WMA, MPEG 4 dan AAC melalui pemain multimedia Quick Time Player.
iTunes oleh Apple Inc
Dalam hubungan dengan produk iPhone, tidak banyak yang boleh dikatakan berkenaan iTunes memandangkan fungsi asasnya hanyalah untuk mengemaskini sistem pengoperasian (iOS) iphone kepada versi terbaru disamping membuat salinan backup terhadap semua apps dan maklumat yang terdapat dalam iPhone pengguna. Selain itu ianya juga befungsi sebagai penyelamat sekiranya pengguna mempunyai masalah berkaitan dengan sistem pengoperasian iPhone. Pengguna hanya perlu menyambung iPhone mereka kepada iTunes di PC bagi menyalin semula fail dan applikasi sama seperti kali terakhir backup dilakukan.. iTunes juga disambungkan dengan Apps Store bagi memudahkan pengguna iPhone membeli dan memuat turun sebarang applikasi (Apps) iPhone secara online.
Gandingan wajib iTunes bersama iPhone
Dalam erti kata mudah, iTunes merupakan satu keperluan yang penting yang WAJIB ada kepada semua pengguna iPhone bagi tujuan pengemaskinian kandungan iPhone selain membuat backup sekiranya iPhone berhadapan dengan masalah.

Sistem Pengoperasian (OS) iPhone a.k.a iOS

iPhone berfungsi dengan menggunakan sistem pengoperasian (operating system) dikenali sebagai iPhone OS atau singkatannya iOS (sama seperti komputer, OS yang digunakan adalah Windows oleh Microsoft). iPhone OS merupakan salah satu varian OS yang sama yang digunakan dalam barisan produk Apple Inc. yang lain seperti iPod, iMac dan yang terkini iPad 2. Pengoperasian iOS disokong oleh iTunes yang merupakan aplikasi yang diperkenalkan oleh Apple Inc. sejak 9 Januari 2001. (sila klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang iTunes).
iOS Apple

iOS mampu menyokong pelbagai aplikasi sama ada daripada Apple atau yang dibangunkan oleh pihak ketiga (third party developer). iOS pada hari ini mendapat saingan OS lain terutamanya Android, Symbian, RIM, Palm dan yang terbaru Windows Phone oleh Microsoft yang banyak digunakan oleh syarikat gergasi telefon seperti Nokia, Samsung, Sony Ericcson, Blackberry dan juga HTC. Melalui OS tersebut maka wujud apa yang dinamakan sebagai ‘aplikasi’ telefon atau lebih dikenali sebagai ‘Apps’ (sila klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apps).
senarai OS syarikat lain


Pengenalan Tentang iPhone

iPhone ialah sejenis telefon pintar (smartphone) yang mempunyai fungsi internet dan multimedia yang direka dan dipasarkan oleh Apple Inc. Pembangunan iPhone telah bermula sejak tahun 2005 di mana Steve Jobs (CEO Apple Inc.) telah mengarahkan jurutera Apple untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan dengan teknnologi skrin sesentuh (touchscreen).
Steve Jobs bersama iPhone
Gadget tersebut dicipta melalui kerjasama rahsia di antara syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih AT&T Mobility (sama seperti Maxis dan Celcom di Malaysia) dengan anggaran kos sebanyak USD150 juta. Selepas 30 bulan pembangunan, iPhone pertama akhirnya dilancarkan pada 9 Januari 2007 semasa Pameran/Konvensyen Macworld 2007 di California. Sehingga tahun 2010, sebanyak lebih 73.5 juta unit iPhone telah terjual menjadikan Apple sebagai syarikat telefon mudah alih ketiga terbesar di dunia selepas Nokia dan Samsung. Walaupun hanya menguasai 4% pasaran global, namun daripada aspek penjanaan keuntungan, Apple Inc. menduduki tempat teratas dengan penguasaan lebih 50% daripada keseluruhan hasil jualan telefon mudah alih di seluruh dunia. Keadaan ini adalah disebabkan harga iPhone yang lebih mahal berbanding smartphone keluaran syarikat lain. Walaupun dijual dengan harga mahal, namun ianya menjadi kegilaan pengguna smartphone tanpa mengira usia disebabkan keunikannya yang tersendiri. Sehingga kini terdapat 4 generasi iPhone iaitu yang bermula dengan iPhone, iPhone 3G, iPhone 3GS dan yang terkini iPhone 4.
Barisan 4 varian iPhone, 3G, 3GS dan iPhone 4
iPhone boleh berfungsi sebagai kamera video, kamera phone (video call) selain fungsi asas untuk panggilan suara serta SMS/MMS. Selain itu ianya juga berfungsi sebagai gadget multimedia mudah alih dilengkapi dengan capaian internet dan emel bagi kedua-dua sambungan data iaitu samaada 3G dan Wi-Fi. Skrin sesentuh iPhone pula dikatakan termaju di dunia dengan hanya menggunakan keypad maya (virtual keypad) berbanding keypad fizikal bagi telefon biasa. Skrin sesentuh (touchscreen) bersaiz 3.5 inci yang menggunakan kaca (aluminosilicate) tahan calar yang direka khas untk digunakan dengan satu atau lebih sentuhan jari dengan paparan LCD yang mempunyai resolusi 640X960 pada 326 ppi bagi generasi terkini iPhone4.
Generasi iPhone terkini - iPhone 4

Selamat datang ke myiphone2u.blogspot.com



Salam 1Malaysia ke web log myiphone2u.blogspot.com. iPhone merupakan satu gadget ajaib yang diinovasikan oleh syarikat komputer gergasi Apple.inc yang kini menjadi kegilaan penduduk dunia. Mungkin tidak keterlaluan jika admin mengatakan bahawa seseorang itu mampu melakukan apa sahaja dengan iPhone. Bukan sahaja untuk membuat panggilan, malah untuk membuat apa sahaja transaksi internet yang interaktif, selesa dan yang paling penting 'selamat' juga mampu dilakukan dengan iPhone melalui pelbagai aplikasi (apps) dalam iTunes store. Pendek kata dengan iPhone di tangan anda bagaikan dunia dalam genggaman anda. Oleh yang demikian dengan wujudnya blog ini diharap dapat menjadi medium untuk berkongsi maklumat, pengalaman dan perkembangan terkini berkaitan dengan teknologi iPhone dengan seluruh rakyat Malaysia. Pihak Admin akan sentiasa melakukan update blog ini dan mengalu-alukan sebarang komen, dan pandangan daripada anda semua. Adios amigos daripada myiphone2u.blogspot.com kepada rakyat Malaysia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...