Wednesday, 28 December 2011

Bagaimana Menentukur Semula (Recalibrate) Home Button iPhone/iPad

Kadang-kadang pengguna iDevice  pada masa-masa tertentu akan berdepan dengan situasi di mana  Home button iPhone atau iPad mereka akan mengalami sindrom kurang responsif terhadap sebarang tekanan yang dikenakan. Ini merupakan perkara biasa yang berlaku memandangkan button tersebut adalah bersifat mekanikal dan terdedah kepada pelbagai risiko kerosakan.

Walaubagaimanapun berdasarkan laman web www.idownloadblog.com, button Home tersebut sebenarnya masih boleh ditentukur semula (recalibrate) supaya ianya lebih sensitif dan kembali responsif seperti sedia kala. Berikut adalah kaedah bagaimana untuk membuat penentukuran (recalibrate) Home button iPhone atau iPad anda:

Step 1: buka mana-mana Apple default apps seperti Weather atau Stocks

Step 2: tekan Power button dan hold sehingga muncul bar “slide to power off”

Step 3: kemudian tekan Home button dan hold sehingga bar “slide to power off” hilang daripada skrin dan app yang dibuka di Step 1 akan close secara paksa.

Home button anda kini sepatutnya lebih responsif kerana ianya telah ditentukur semula (recalibrate). Tahniah!!!

Adakah anda telah menantukur (recalibrate) iPhone atau iPad anda? Sila berkongsi dengan kami.


Tweak Review: 'RecognizeMe' Ciri Keselamatan Baru dari Cydia!

RecognizeMe merupakan satu aplikasi Cydia bagi meningkatkan ciri keselamatan iPhone berasaskan sistem pengenalan biometrik wajah yang telah meraih perhatian ramai pemilik iOS ketika ini. Bagi Apps Developer, ini merupakan percubaan pertama mereka dalam membangunkan sistem pengenalan berasaskan wajah setelah menyedari bahawa kemungkinan untuk Apple memperkenalkan aplikasi tersebut sebagai default app mereka dalam mana-mana iDevice adalah amat tipis.

RecognizeMe akan mengimbas wajah pemilik iPhone dengan menggunakan front camera dan akan membuat perbandingan dengan menggunakan imej-imej yang telah disimpan di dalam pangkalan data iPhone terlebih dahulu.Selepas anda menolak unlock slide bar, anda akan mempunyai 2 pilihan sama ada menggunakan aplikasi RecognizeMe atau memasukkan nombor PIN untuk membuka iPhone anda. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan RecognizeMe, front camera akan mula mengimbas wajah anda dan iPhone tersebut akan unlock secara automatik apabila mendapat perbandingan yang tepat dengan wajah pemilik asal iPhone tersebut. Dalam kes tertentu sekiranya kamera gagal mengimbas wajah pemilik asal, pemilik tidak perlu risau kerana mereka boleh unlock dengan memasukkan nombor PIN. Ini kerana setup aplikasi ini dilakukan bersama passcode lock di Settings.

Admin juga mendapati penggunaan aplikasi ini juga boleh diintegrasikan bersama aplikasi iCaughtU bagi memaksimumkan lagi ciri-ciri keselamatan iPhone anda. (klik SINI untuk muat turun app iCaughtU)

Berikut adalah kaedah untuk memuat turun dan membuat setup aplikasi RecognizeMe:

Step 1: tap ikon Cydia

Step 2: tap Search tab terletak di bahagian bawah Cydia dan type ‘RecognizeMe’

Step 3: tap pada tulisan RecognizeMe yang muncul

Step 4: Anda akan melihat RecognizeMe 1.1.2-1 (atau versi yang paling terkini) di skrin > tap Install tab di sebelah kanan atas skrin

Step 5: tap Confirm tab juga di sebelah kanan atas skrin

Step 6: anda sepetutnya dapat melihat pakej RecognizeMe sedang dimuat turun. Apabila muat turun selesai, tap Return to Cydia dan tunggu sehingga iPhone anda kembali ke lockscreen

Step 7: slide to unlock dan anda akan dapati ikon RecognizeMe di skrin

Melakukan setup aplikasi RecognizeMe:

Step 8: klik ikon RecognizeMe di skrin

Step 9: di menu tap Face Trainer

Step 10: tap Train di sebelah kanan atas skrin

Anda dikehendaki statik bagi membolehkan kamera mengimbas wajah bagi menyediakan data biometrik anda.

Step 11: apabila selesai close RecognizeMe dan tap ikon Settings > General > Passcode  Lock >  masukkan no. PIN anda > close

Tahniah anda telah berjaya setup aplikasi RecognizeMe!

Adakah anda tela muat turun aplikasi RecognizeMe? Sila berkongsi dengan kami!




Tuesday, 27 December 2011

Tutorial Untethered Jailbreak iOS 5.0.1 (Windows) with RedSn0w

Seperti yang ditunggu-tunggu tarikh 27 Disember 2011 akhirnya menjadi saksi kepada pelancaran Jailbreak iOS 5.0.1 versi Untethered oleh hackers terkenal yang menggelarkan dirinya  sebagai ‘pod2g’. Seperti yang dijanjikan, berikut adalah tutorial bagaimana untuk melaksanakan Untathered Jailbreak untuk iPhone4 [5.0.1] Windows.

Nota AMARAN!!!: Pastikan anda membuat proses Transfer Purchases dan Back Up di iTunes terlebih dahulu bagi memastikan data-data di dalam iPhone anda selamat sebelum melaksanakan tutorial ini.

Step 1: create folder di desktop dan namakannya Pwnage

Step 2: Download versi terkini RedSn0w 0.9.10b1 (Windows) di SINI dan letakkannya di dalam Pwnage folder yang telah diwujudkan di Step 1.  Ekstrak RedSn0w zip file dengan cara melakukan double klik. (Rajah a)
Rajah a

Step 3: Download iOS 5.0.1 firmware ipsw file di SINI dan letakkannya di dalam Pwnage folder.

(Nota: abaikan Step 3 hingga Step 6 sekiranya anda telah update iPhone anda kepada iOS versi  5.0.1)

Step 4: Sambungkan iPhone anda kepada komputer dan open iTunes (Rajah b)
Rajah b (iTunes)

Step 5: Pilih iPhone anda daripada senarai DEVICES di menu sebelah kiri > tekan kekunci Shift di keyboard dan klik button Restore (Rajah c)
Rajah c

Step 6: Buka Pwnage folder di desktop dan pilih iOS 5.0.1 firmware ipsw file yang telah dimuat turun di Step 3 > Pilih/klik file tersebut. (Rajah d)
Rajah d

iTunes seterusnya akan update iPhone anda kepada versi iOS 5.0.1. Apabila telah selesai update > tutup iTunes.

Step 7: klik aplikasi redsn0w daripada folder RedSn0w yang telah diekstrak di Step 2 (Rajah e)
Rajah e - RedSn0w

Step 8: Apabila aplikasi RedSn0w telah run > klik button Jailbreak (Rajah f)
Rajah f

Step 9: Sambungkan iPhone anda kepada komputer dan pastikan ianya dalam mode OFF terlebih dahulu > klik button NEXT (Rajah g)
Rajah g

Step 10: RedSn0w akan membantu menunjukkan anda langkah-langkah bagaimana menukarkan iPhone anda kepada mode DFU. Sila ikuti dengan teliti langkah yang ditunjukkan di skrin anda.

Tekan button Power selama 3 saat (Rajah h.1)
Rajah h.1

Tanpa melepaskan button Power, seterusnya pada masa yang sama tekan pula button Home selama 10 saat (Rajah h.2)
Rajah h.2

Lepaskan button Power dan teruskan tekan button Home selama 15 saat sehingga RedSn0w mengesan iPhone anda (Rajah h.3)
Rajah h.3

Step 11: iPhone anda seterusnya akan reboot (Rajah i)
Rajah i

Step 12: RedSn0w seterusnya akan akan menyediakan data Jailbreak untuk iPhone anda (Rajah k)
Rajah k

Step 13: Pilih Install Cydia daripada senarai option > klik NEXT (Rajah l)
Rajah l

Step 14: iPhone anda akan reboot semula dimana RedSn0w akan mula memuatnaik (upload) RAM Disk baru dan Kernel ke iPhone anda (Rajah m)
Rajah m

Step 15: RedSn0w  akan memaklumkan kepada anda apabila semuanya telah selesai (Rajah n).
Rajah n

(Nota: selepas iPhone anda reboot lebih kurang 5 minit, ianya akan tersedia dengan aplikasi Cydia di skrin iPhone anda dengan status Untethered Jailbreak )

Tahniah!!! Anda telah berjaya melakukan Jailbreak versi untethered iPhone anda!

Adakah anda telah berjaya melakukan Jailbreak versi untethered iPhone anda? Mari berkongsi dengan kami!

Nota kaki: Sekiranya anda berdepan dengan masalah 'White Cydia' selepas melakukan Jailbreak sila ikut langkah ini:

Step 1: tap 'White Cydia' > tap Changes di menu bawah Cydia 

Step 2: tap Refresh button (Cydia akan update semua pakej yang diperlukan) > tap Upgrade

Step 3: Essential Upgrade juga kemungkinan akan muncul > tap Essential Upgrade

(Nota: abaikan Step 3 sekiranya Essential Upgrade tidak muncul)

Step 4: Biarkan proses upgrade selesai > close Cydia

Selesai!

Thursday, 22 December 2011

Bagaimana Melakukan Migrasi Data (restore) ke iPhone Baru?

Walaupun proses restore merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap iPhone user, namun ia seringkali mengundang masalah kepada pengguna yang kurang  berpengalaman terutamanya kepada mereka yang pertama kali menggunakan iPhone, mula berjinak-jinak dengan kaedah Jailbreak iPhone atau user yang berhasrat untuk melakukan migrasi data kepada model iPhone yang baru.

Pihak admin kali ini ingin berkongsi dengan pembaca  kaedah migrasi data (restore) daripada iPhone lama kepada iPhone model baru berdasarkan langkah-langkah berikut:

Step 1: Pastikan anda mempunyai versi terkini iTunes

Step 2: Sambungkan iPhone lama anda kepada iTunes melalui kabel dan biarkan ianya sync secara automatik.

Step 3: right click pada ikon iPhone di menu DEVICES sebelah kiri  iTunes dan klik Transfer Purchases

Step 4: right click semula pad ikon iPhone di menu DEVICES sebelah kiri  iTunes dan klik Back Up

Step 5: right click semula pad ikon iPhone di menu DEVICES sebelah kiri iTunes dan klik Eject > tanggalkan iPhone dari sambungan kabel

Step 6: Sambungkan iPhone baru kepada iTunes

Step 7: Itunes akan memberi dua option sama ada anda mahu:

i) restore from a backup; atau

ii) set up your iPhone as a new phone

Pilih option i) restore from a backup dan pilih back up yang terkini yang anda lakukan di Step 2 di atas.

Step 8: Tunggu sehingga restore progress bar di iTunes selesai. Sebaik sahaja selesai, iPhone akan restart.

Tahniah! Anda telah berjaya membuat migrasi data (restore) ke  iPhone baru anda!

Adakah anda telah membuat migrasi data (restore) ke iPhone anda? Sila berkongsi dengan kami.

Tuesday, 20 December 2011

Theme Review: Typophone Weather


Pengalaman Jailbreak iPhone tidak akan sempurna tanpa melakukan sedikit dekorasi dan hiasan terhadap paparan skrin iPhone anda. Pada kali ini admin ingin berkongsi dengan pembaca tentang keunikan theme yang ditawarkan melalui Cydia yang dikenali sebagai ‘Typophone Weather’. Ianya bukan sahaja ringkas dan cantik dipandang malah apa yang lebih penting ialah ianya mampu menjalankan fungsi seperti memaparkan (di lockscreen) tarikh dan cuaca di tempat anda.


Untuk memuat turun theme ini sudah pasti anda perlu Jailbreak iPhone anda selain memuat turun aplikasi WinterBoard daripada Cydia terlebih dahulu.(klik di sini untuk kaedah muat turun WinterBoard)

Berikut merupakan kaedah bagi membuat setup untuk theme Typophone Weather:

Step 1: tap ikon Cydia

Step 2: tap Search tab terletak di bahagian bawah Cydia dan type ‘Typophone Weather’

Step 3: tap pada tulisan ‘Typophone Weather’ yang muncul

Step 4: Anda akan melihat Typophone Weather 2.0.8.6-4 (atau versi yang paling terkini) di skrin > tap Install tab di sebelah kanan atas skrin

Step 5: tap Confirm tab juga di sebelah kanan atas skrin

Step 6: anda sepetutnya dapat melihat pakej Typophone Weather sedang dimuat turun. Apabila muat turun selesai, tap Return to Cydia.

Step 7: tap ikon WinterBoard di skrin (atau pergi ke Setting & tap WinterBoard)

Step 8: paparan toggle WinterBoard akan muncul> tap Select Themes

Step 9: pilih theme Typophone Weather yang telah di muat turun sebentar tadi untuk diaktifkan> tap WinterBoard tab di sebelah atas kiri skrin

Step 10: tap Respring tab di sebelah atas kiri skrin

Tahniah! Anda telah berjaya mengaktifkan theme Typophone Weather di lockscreen iPhone anda!

Walaubagaimanapun anda perlu membuat setting semula tema tersebut bagi membuat penetapan maklumat berkaitan lokasi cuaca di kawasan anda. Untuk tujuan tersebut anda perlu memuat turun aplikasi iFile dan SBSettings daripada Cydia terlebih dahulu. (klik sini untuk kaedah muat turun iFile) dan (klik sini untuk kaedah muat turun SBSettings)

Step 11: tap ikon iFile di skrin

Step 12: tap ‘button back’ di atas sebelah kiri skrin sehingga paparan/page pertama iFile

Step 13: tap var dan seterusnya tap stash> Themes.3s8dNP> Typophone Weather.theme

Step 14: skrol ke bawah sekali dan tap weather.txt > tap Text Viewer tab

Step 15: kod-kod berkaitan cuaca akan dipaparkan di skrin> tap Edit tab di sebelah kiri atas skrin

Step 16: sila beri perhatian kepada kod-kod berikut:

“Fahrenheit” (unit cuaca)

“Bethesda, MD” (lokasi 1)

“USMD0034” (kod lokasi 1)

“Athens, Greece” (lokasi 2)

“GRXX0004” (kod lokasi 2)

Step 17:  Sila kenalpasti nama dan kod lokasi bagi kawasan anda di sini

Mengambil contoh lokasi (kod):

i. Sepang, Malaysia (MYXX0031)

ii. Kuala Lumpur, Malaysia (MYXX0008)

Step 18: tukarkan:

“Fahrenheit” kepada “Celsius”

“Bethesda, MD” kepada “Sepang, Malaysia”

“USMD0034” kepada “MYXX0031”

“Athens, Greece” kepada “Kuala Lumpur, Malaysia”

“GRXX0004” kepada “MYXX0008”

PERHATIAN!!!: JANGAN PADAM ATAU UBAH KOD-KOD YANG LAIN
Paparan Kod Selepas Pengubahsuaian (bergaris merah)

Step 19: tap Save tab> Done

Step 20: tap Respring melalui short cut di panel SBSettings

Tahniah! Anda telah berjaya membuat penetapan cuaca berdasarkan kawasan/lokasi anda!

Adakah anda telah memuat turun theme TypoPhone Weather? Mari berkongsi pengalaman anda.


 

Tweak Review: iFile

iFile merupakna satu tool terpenting kepada mana-mana Developer (pencipta tweak/hacker) atau Themer (individu yang obses mengubahsuai Theme style iPhone) yang banyak menghabiskan masa meneroka ciri-ciri iPhone mereka dengan lebih terperinci. Melalui iFile, ia sebenarnya memberikan akses kepada sistem fail perisian iOS bagi tujuan pengubahsuaian atau modifikasi terhadap aplikasi yang terdapat di dalam iPhone.

Aplikasi iFile mempunyai nilai kesinambungan yang tidak berkesudahan. Sebagai contoh sekiranya terdapat dua themes style yang anda gemari di Cydia, dan setelah anda mencuba kedua-duanya, terdapat sedikit ciri yang anda suka manakala sebaliknya terdapat juga sedikit ciri yang anda tidak suka bagi kedua-dua themes tersebut, maka penyelesaiannya adalah melalui iFile.

Anda hanya perlu mencari kedua-dua fail themes berkenaan menggunakan iFile, daripada situ anda boleh menyalin, memadam dan memindahkan (copy/cut/move) ciri-ciri yang tidak dikehendaki atau sebaliknya di antara kedua-dua fail themes tersebut. Malah anda juga boleh mewujudkan satu lagi theme style yang baru sekiranya anda mempunyai kepakaran dan kreativiti yang tinggi dengan cara mewujudkan folder atau subfolder file dengan nama fail yang baru.

Berikut merupakan kaedah untuk memuat turun iFile daripada Cydia:

Step 1: tap ikon Cydia

Step 2: tap Search tab terletak di bahagian bawah Cydia dan type ‘iFile’

Step 3: tap pada tulisan iFile yang muncul

Step 4: Anda akan melihat iFile 1.6.1-2 (atau versi yang paling terkini) di skrin > tap Install tab di sebelah kanan atas skrin

Step 5: tap Confirm tab juga di sebelah kanan atas skrin

Step 6: anda sepetutnya dapat melihat pakej iFile sedang dimuat turun. Apabila muat turun selesai, tap Return to Cydia dan tunggu sehingga iPhone anda kembali ke lockscreen

Step 7: slide to unlock dan anda akan dapati ikon iFile di skrin

Tahniah! Anda telah berjaya memuat turun aplikasi iFile di iPhone!

Adakah anda telah memuat turun iFile? Mari berkongsi pengalaman anda.

Rujukan Kod Untuk Penetapan Lokasi theme di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, banyak aspek yang perlu diberi perhatian apabila anda membuat modifikasi theme style iPhone bagi memastikan ianya benar-benar berfungsi dan seterusnya pengguna dapat menikmati pengalaman sebenar. Antara aspek yang paling penting ialah berkaitan LOKASI dan CUACA kawasan anda yang akan di paparkan di skrin dengan menggunakan theme yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Cydia. Theme-theme yang dimuat turun pada kebiasaannya hadir by default mengikut lokasi dimana ianya dibangunkan oleh Developers. Oleh yang demikian anda perlu mengubahsuai kod lokasi dan cuaca bagi setiap theme yang telah dimuat turun dengan bantuan aplikasi iFile. Manakala rujukan bagi kod lokasi bagi Malaysia adalah seperti jadual berikut:

Lokasi kod di Malaysia adalah seperti yang digunakan oleh laman web AOL Weather, The Weather Channel (weather.com) dan Yahoo! Weather dikemaskini sehingga 21 Julai 2011.

Tweak Review: WinterBoard - state of the art theming utility!

Pada entry kali ini, admin ingin berkongsi kepada pembaca berkaitan salah satu  aplikasi utility mesti (must have) yang perlu ada bagi setiap iPhone. Aplikasi tersebut dikenali sebagai WinterBoard yang juga terkenal sepanjang masa sebagai state of the art theming utility bagi iPhone yang telah melalui proses Jailbreak. Aplikasi ini membolehkan anda membuat modifikasi terhadap style tema (theme) iPhone anda dalam pelbagai aspek seperti icons, docks dan statusbar atau dalam erti kata lain mewujudkan akses kepada pengguna untuk mengubahsuai grafik iPhone pada bila-bila masa secara maksimum-sesuatu yang tidak ditawarkan oleh Apple sebelum ini.

Kaedah muat turun WinterBoard adalah seperti berikut:

Step 1: tap ikon Cydia

Step 2: tap Search tab terletak di bahagian bawah Cydia dan type ‘WinterBoard’

Step 3: tap pada tulisan WinterBoard yang muncul

Step 4: Anda akan melihat WinterBoard 0.9.3901 (atau versi yang paling terkini) di skrin > tap Install tab di sebelah kanan atas skrin

Step 5: tap Confirm tab juga di sebelah kanan atas skrin

Step 6: anda sepetutnya dapat melihat pakej WinterBoard sedang dimuat turun. Apabila muat turun selesai, tap Reboot Device dan tunggu sehingga iPhone anda kembali ke lockscreen

Step 7: slide to unlock dan anda akan dapati icon WinterBoard di skrin

Tahniah! Anda telah Berjaya memuat turun aplikasi WinterBoard!!! Untuk menggunakan aplikasi ini, sila ikuti langkah seterusnya:

Step 8: tap ikon WinterBoard di skrin

Step 9: paparan toggle WinterBoard akan muncul> klik Select Themes

Step 10: pilih satu (atau lebih) daripada senarai theme yang telah sedia ada atau di muat turun daripada Cydia untuk diaktifkan> tap WinterBoard tab di sebelah atas kiri skrin

Step 11: tap Respring tab di sebelah atas kiri skrin

Tahniah! Anda telah berjaya mengaktifkan theme iPhone kesukaan anda!

Adakah anda telah memuat turun WinterBoard? Mari berkongsi pengalaman anda.


Monday, 19 December 2011

Fungsi Siri untuk non-iPhone 4S Semakin Hampir Realiti dengan iOS 5.0.1 tweaked version

Siri – pembantu peribadi berasaskan teknologi pengenalan suara yang diperkenalkan Apple merupakan ciri eksklusif yang setakat ini hanya ditawarkan kepada pengguna iPhone 4S. Ianya semakin hari menimbulkan keterujaan di kalangan hackers yang berusaha untuk membolehkan ianya berfungsi di dalam non-iPhone 4S Devices.

Walaupun terdapat laporan awal yang mengatakan tweak bagi menempatkan Siri ke dalam non-iPhone 4S Devices telah ditemui oleh seorang hackers yang menggunakan nama samaran pod2g (sila klik sini) namun sehingga kini, ianya cukup jelas bahawa belum ada sebarang kemungkinan untuk memperkenalkannya kepada umum tanpa melakukan peralihan system file secara haram (illegally) daripada iPhone 4S.

Walaupun demikian seorang iPhone hacker dan developer iaitu Steven Troughton-Smith bersama chpwn (developer apps Jailbreak seperti Infiniboard, Infinidock, Infinifolder, ProSwitcher, VoiceActivator) menyatakan bahawa sekiranya wujud kemungkinan untuk mengekstrak/ ‘decrypt’ fail daripada iPhone 4S, maka untuk menyaksikan Siri berfungsi kepada non-iPhone 4S devices tanpa melibatkan sebarang isu hakcipta adalah sesuatu yang boleh menjadi realiti:

“Saya berharap semua pihak memahami bahawa beberapa isu teknikal dan perundangan telah menjadi punca utama mengapa kami masih belum lagi boleh memperkenalkan kaedah untuk mengaktifkan fungsi Siri pada waktu ini. Apabila tiba masanya kami menemui kaedah untuk ‘decrypt’ iPhone 4S firmware file – dan seterusnya dapat mengekstrak Siri secara sah (legal) tanpa memerlukan iPhone 4S – dan pada masa yang sama kami mempunyai iPhone 4S yang telah di Jailbreak untuk mendapatkan maklumat fail yang diperlukan pada skala yang besar, maka selepas itu barulah semua pengguna non-iPhone 4S devices dapat mencuba untuk menggunakan Siri. Sehingga itu, dengan menunjukkan video bagaimana Siri boleh berfungsi di dalam iPhone 4 mungkin adalah yang terbaik yang boleh kami lakukan.”

Namun 2 hari lepas, Apple telah memberikan hadiah awal Krismas kepada semua penggunan non-iPhone 4S yang setia menanti Siri iaitu tweak version bagi iOS 5.0.1 sedia dimuat turun melalui link berikut (iOS 5.0.1 tweaked version). Apa yang mengejutkan ialah versi tersebut telah sedia di 'decrypted' yang memungkinkan fail-fail yang diperlukan untuk Siri boleh diekstrak tanpa melanggar hakcipta atau copyright Apple.

Seperti kebiasaannya pihak admin akan sentiasa memantau perkembangan ini dan diharap semua pembaca dapat stay tuned atau follow twitter @myiphone2u untuk mendapatkan maklumat yang terkini!


Sunday, 18 December 2011

Tweak Review: iCoughtU Merakam Gambar Pencuri iPhone Anda!!!

iCaughtU merupakan satu lagi aplikasi pintar Jailbreak yang membolehkan iPhone anda merakam wajah pencuri dengan menggunakan kamera hadapan (Front Camera) apabila kod laluan (password) yang salah dimasukkan. Gambar pencuri yang telah dirakam akan dihantar bersama maklumat lain seperti lokasi dan peta kedudukan di mana pencuri itu berada melalui e-mel kepada pemilik asal iPhone tersebut dengan serta merta.

Aplikasi Jailbreak ini juga menghalang pencuri daripada mematikan iPhone anda dan seterusnya akan membuatkan si pencuri mati kutu dengan karenah iPhone tersebut.


iCaughtU boleh dimuat turun secara percuma melalui Cydia. Ianya menawarkan pelbagai fungsi antaranya:

i. Merakam gambar si pencuri dengan menggunakan kamera depan (Front Camera) dan terus dihantar melalui e-mel kepada pemilik asal apabila password yang salah dimasukkan atau iPhone cuba dimatikan oleh si pencuri.

ii. Menyimpan wajah si pencuri di Photo Library.

iii. Menetapkan bilangan percubaan password sebelum gambar pencuri dirakam.

iv. Ia juga boleh memaklumkan masa dan lokasi melalui pencuri emel yang dihantar.

v. Penetapan SMS juga boleh dilakukan bagi memaklumkan pemilik iPhone yang dicuri apabila password salah dimasukkan.

Kombinasi ciri-ciri di atas akan menjadikan iPhone anda dilengkapi sistem anti pencuri yang hebat selain membuat si pencuri berada di dalam keadaan serba salah seperti cacing kepanasan (sekiranya mereka di kalangan rakan sekerja/sebilik anda).

Adakah anda telah menggunakan tweak iCoughtU? Mari berkongsi bersama pembaca lain.


Ekslusif! Pautan Terus iPhone Firmware Files untuk Semua Versi

Berikut adalah pautan secara terus untuk memuat turun iPhone Firmware Files bagi setiap versi firmware yang telah dikeluarkan. Sila ambil perhatian, sekiranya anda menggunakan Safari, sila disable ciri auto unzip anda. Pihak admin menyarankan supaya anda menggunakan browser Firefox bagi kaedah muat turun yang lebih mudah.

1.0.0: iPhone1,1_1.0_1A543a_Restore.ipsw
1.0.1: iPhone1,1_1.0.1_1C25_Restore.ipsw
1.0.2: iPhone1,1_1.0.2_1C28_Restore.ipsw
1.1.1: iPhone1,1_1.1.1_3A109a_Restore.ipsw
1.1.2: iPhone1,1_1.1.2_3B48b_Restore.ipsw
1.1.3: iPhone1,1_1.1.3_4A93_Restore.ipsw
1.1.4: iPhone1,1_1.1.4_4A102_Restore.ipsw
2.0.0 (2G): iPhone1,1_2.0_5A347_Restore.ipsw
2.0.0 (3G): iPhone1,2_2.0_5A347_Restore.ipsw
2.0.1 (2G): iPhone1,1_2.0.1_5B108_Restore.ipsw
2.0.1 (3G): iPhone1,2_2.0.1_5B108_Restore.ipsw
2.0.2 (2G): iPhone1,1_2.0.2_5C1_Restore.ipsw
2.0.2 (3G): iPhone1,2_2.0.2_5C1_Restore.ipsw
2.1.0 (2G): iPhone1,1_2.1_5F136_Restore.ipsw
2.1.0 (3G): iPhone1,2_2.1_5F136_Restore.ipsw
2.2.0 (2G): iPhone1,1_2.2_5G77_Restore.ipsw
2.2.0 (3G): iPhone1,2_2.2_5G77_Restore.ipsw
2.2.1 (2G): iPhone1,1_2.2.1_5H1_Restore.ipsw
2.2.1 (3G): iPhone1,2_2.2.1_5H11_Restore.ipsw
3.0.0 (2G): iPhone1,1_3.0_7A341_Restore.ipsw
3.0.0 (3G): iPhone1,2_3.0_7A341_Restore.ipsw
3.0.0 (3GS): iPhone2,1_3.0_7A341_Restore.ipsw
3.0.1 (2G):
iPhone1,1_3.0.1_7A400_Restore.ipsw
3.0.1 (3G): iPhone1,2_3.0.1_7A400_Restore.ipsw
3.0.1 (3GS): iPhone2,1_3.0.1_7A400_Restore.ipsw
3.1.0 (2G): iPhone1,1_3.1_7C144_Restore.ipsw
3.1.0 (3G): iPhone1,2_3.1_7C144_Restore.ipsw
3.1.0 (3GS): iPhone2,1_3.1_7C144_Restore.ipsw
3.1.2 (2G): iPhone1,1_3.1.2_7D11_Restore.ipsw
3.1.2 (3G): iPhone1,2_3.1.2_7D11_Restore.ipsw
3.1.2 (3GS): iPhone2,1_3.1.2_7D11_Restore.ipsw
3.1.3 (2G): iPhone1,1_3.1.3_7E18_Restore.ipsw
3.1.3 (3G): iPhone1,2_3.1.3_7E18_Restore.ipsw
3.1.3 (3GS): iPhone2,1_3.1.3_7E18_Restore.ipsw
4.0.0 (3G): iPhone1,2_4.0_8A293_Restore.ipsw
4.0.0 (3GS): iPhone2,1_4.0_8A293_Restore.ipsw
4.0.0 (4): iPhone3,1_4.0_8A293_Restore.ipsw
4.0.1 (3G): iPhone1,2_4.0.1_8A306_Restore.ipsw
4.0.1 (3GS): iPhone2,1_4.0.1_8A306_Restore.ipsw
4.0.1 (4): iPhone3,1_4.0.1_8A306_Restore.ipsw
4.0.2 (3G): iPhone1,2_4.0.2_8A400_Restore.ipsw
4.0.2 (3GS): iPhone2,1_4.0.2_8A400_Restore.ipsw
4.0.2 (4): iPhone3,1_4.0.2_8A400_Restore.ipsw
4.1.0 (3G): iPhone1,2_4.1_8B117_Restore.ipsw
4.1.0 (3GS): iPhone2,1_4.1_8B117_Restore.ipsw
4.1.0 (4): iPhone3,1_4.1_8B117_Restore.ipsw
4.2.1 (3G): iPhone1,2_4.2.1_8C148_Restore.ipsw
4.2.1 (3GS): iPhone2,1_4.2.1_8C148a_Restore.ipsw
4.2.1 (4): iPhone3,1_4.2.1_8C148_Restore.ipsw
4.2.6 (4 CDMA): iPhone3,3_4.2.10_8E600_Restore.ipsw
4.3.0 (3GS): iPhone2,1_4.3_8F190_Restore.ipsw
4.3.0 (4 GSM): iPhone3,1_4.3_8F190_Restore.ipsw
4.3.1 (3GS): iPhone2,1_4.3.1_8G4_Restore.ipsw
4.3.1 (4 GSM): iPhone3,1_4.3.1_8G4_Restore.ipsw
4.3.2 (3GS): iPhone2,1_4.3.2_8H7_Restore.ipsw
4.3.2 (4 GSM): iPhone3,1_4.3.2_8H7_Restore.ipsw
4.2.7 (4 CDMA): iPhone3,3_4.2.7_8E303_Restore.ipsw
4.2.8 (4 CDMA): iPhone3,3_4.2.8_8E401_Restore.ipsw
4.3.3 (3GS): iPhone2,1_4.3.3_8J2_Restore.ipsw
4.3.3 (4 GSM): iPhone3,1_4.3.3_8J2_Restore.ipsw
4.2.9 (4 CDMA): iPhone3,3_4.2.9_8E501_Restore.ipsw
4.3.4 (3GS): iPhone2,1_4.3.4_8K2_Restore.ipsw
4.3.4 (4 GSM): iPhone3,1_4.3.4_8K2_Restore.ipsw
4.2.10 (4 CDMA): iPhone3,3_4.2.10_8E600_Restore.ipsw
4.3.5 (3GS): iPhone2,1_4.3.5_8L1_Restore.ipsw
4.3.5 (4 GSM): iPhone3,1_4.3.5_8L1_Restore.ipsw
5.0 (3GS): iPhone2,1_5.0_9A334_Restore.ipsw
5.0 (4 GSM): iPhone3,1_5.0_9A334_Restore.ipsw
5.0 (4 CDMA): iPhone3,3_5.0_9A334_Restore.ipsw
5.0 (4S): iPhone4,1_5.0_9A334_Restore.ipsw
5.0.1 (3GS): iPhone2,1_5.0.1_9A405_Restore.ipsw
5.0.1 (4 GSM): iPhone3,1_5.0.1_9A405_Restore.ipsw
5.0.1 (4 CDMA): iPhone3,3_5.0.1_9A405_Restore.ipsw
5.0.1 (4S): iPhone4,1_5.0.1_9A405_Restore.ipsw
5.0.1 (4S) [9A406]: iPhone4,1_5.0.1_9A406_Restore.ipsw
Pihak admin dari semasa ke semasa akan mengemaskini senarai di atas. Diharap semua pembaca dapat terus stay tuned kepada www.myiphone2u.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...