iCaughtU merupakan satu lagi aplikasi pintar Jailbreak yang membolehkan iPhone anda merakam wajah pencuri dengan menggunakan kamera hadapan (Front Camera) apabila kod laluan (password) yang salah dimasukkan. Gambar pencuri yang telah dirakam akan dihantar bersama maklumat lain seperti lokasi dan peta kedudukan di mana pencuri itu berada melalui e-mel kepada pemilik asal iPhone tersebut dengan serta merta.
Aplikasi Jailbreak ini juga menghalang pencuri daripada mematikan iPhone anda dan seterusnya akan membuatkan si pencuri mati kutu dengan karenah iPhone tersebut.
iCaughtU boleh dimuat turun secara percuma melalui Cydia. Ianya menawarkan pelbagai fungsi antaranya:
i. Merakam gambar si pencuri dengan menggunakan kamera depan (Front Camera) dan terus dihantar melalui e-mel kepada pemilik asal apabila password yang salah dimasukkan atau iPhone cuba dimatikan oleh si pencuri.
ii. Menyimpan wajah si pencuri di Photo Library.
iii. Menetapkan bilangan percubaan password sebelum gambar pencuri dirakam.
iv. Ia juga boleh memaklumkan masa dan lokasi melalui pencuri emel yang dihantar.
v. Penetapan SMS juga boleh dilakukan bagi memaklumkan pemilik iPhone yang dicuri apabila password salah dimasukkan.
Kombinasi ciri-ciri di atas akan menjadikan iPhone anda dilengkapi sistem anti pencuri yang hebat selain membuat si pencuri berada di dalam keadaan serba salah seperti cacing kepanasan (sekiranya mereka di kalangan rakan sekerja/sebilik anda).
Adakah anda telah menggunakan tweak iCoughtU? Mari berkongsi bersama pembaca lain.
No comments:
Post a Comment