Thursday, 1 December 2011

Menangkap Gambar via iPhone Tanpa Menyentuh iPhone


Tahukah anda bahawa anda boleh menangkap gambar menggunakan iPhone tanpa menyentuh iPhone anda? Ianya boleh dilakukan menggunakan sambungan headphone sama ada secara biasa tau menggunakan Bluetooth. Kaedah ini adalah salah satu trick yang hebat dan sudah tentu ianya melalui iOS 5. Kelihatan sungguh jelas tapi sebenarnya kita tidak pernah terfikir pun mengenai trick ini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan hanya sambungkan kabel headphone anda/atau secara Bluetooth>open aplikasi kamera>Nah! Anda seterusnya mampu mengambil gambar dengan hanya klik butang ‘+’ yang ada pada headphone anda (juga boleh dilakukan dari jauh bagi set headphone menggunakan sambungan bluetooth)

Kaedah ini amat berguna ketika anda berhasrat menangkap gambar yang menarik semasa melancong berseorangan menggunakan aplikasi kamera di iPhone tanpa timer. Apa yang diperlukan ialah menetapkan kedudukan iPhone di tempat yang stabil (boleh juga menggunakan tripod dan kreativiti lain) dan Bluetooth headphone sebagai clicker.

Adakah anda telah mencuba kaedah ini? Mari berkongsi pengalaman anda!

2 comments:

  1. wah!!! sy br tau pasal mende nie...terima kasih byk2 ya....

    ReplyDelete
  2. sama-sama. sila terus layari blog ini. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...