Pada entry kali ini, admin ingin berkongsi kepada pembaca berkaitan salah satu aplikasi utility mesti (must have) yang perlu ada bagi setiap iPhone. Aplikasi tersebut dikenali sebagai WinterBoard yang juga terkenal sepanjang masa sebagai state of the art theming utility bagi iPhone yang telah melalui proses Jailbreak. Aplikasi ini membolehkan anda membuat modifikasi terhadap style tema (theme) iPhone anda dalam pelbagai aspek seperti icons, docks dan statusbar atau dalam erti kata lain mewujudkan akses kepada pengguna untuk mengubahsuai grafik iPhone pada bila-bila masa secara maksimum-sesuatu yang tidak ditawarkan oleh Apple sebelum ini.
Kaedah muat turun WinterBoard adalah seperti berikut:
Step 1: tap ikon Cydia
Step 2: tap Search tab terletak di bahagian bawah Cydia dan type ‘WinterBoard’
Step 3: tap pada tulisan WinterBoard yang muncul
Step 4: Anda akan melihat WinterBoard 0.9.3901 (atau versi yang paling terkini) di skrin > tap Install tab di sebelah kanan atas skrin
Step 5: tap Confirm tab juga di sebelah kanan atas skrin
Step 6: anda sepetutnya dapat melihat pakej WinterBoard sedang dimuat turun. Apabila muat turun selesai, tap Reboot Device dan tunggu sehingga iPhone anda kembali ke lockscreen
Step 7: slide to unlock dan anda akan dapati icon WinterBoard di skrin
Tahniah! Anda telah Berjaya memuat turun aplikasi WinterBoard!!! Untuk menggunakan aplikasi ini, sila ikuti langkah seterusnya:
Step 8: tap ikon WinterBoard di skrin
Step 9: paparan toggle WinterBoard akan muncul> klik Select Themes
Step 10: pilih satu (atau lebih) daripada senarai theme yang telah sedia ada atau di muat turun daripada Cydia untuk diaktifkan> tap WinterBoard tab di sebelah atas kiri skrin
Step 11: tap Respring tab di sebelah atas kiri skrin
Tahniah! Anda telah berjaya mengaktifkan theme iPhone kesukaan anda!
Adakah anda telah memuat turun WinterBoard? Mari berkongsi pengalaman anda.
No comments:
Post a Comment