Kadang-kadang pengguna iDevice pada masa-masa tertentu akan berdepan dengan situasi di mana Home button iPhone atau iPad mereka akan mengalami sindrom kurang responsif terhadap sebarang tekanan yang dikenakan. Ini merupakan perkara biasa yang berlaku memandangkan button tersebut adalah bersifat mekanikal dan terdedah kepada pelbagai risiko kerosakan.
Walaubagaimanapun berdasarkan laman web www.idownloadblog.com, button Home tersebut sebenarnya masih boleh ditentukur semula (recalibrate) supaya ianya lebih sensitif dan kembali responsif seperti sedia kala. Berikut adalah kaedah bagaimana untuk membuat penentukuran (recalibrate) Home button iPhone atau iPad anda:
Step 1: buka mana-mana Apple default apps seperti Weather atau Stocks
Step 2: tekan Power button dan hold sehingga muncul bar “slide to power off”
Step 3: kemudian tekan Home button dan hold sehingga bar “slide to power off” hilang daripada skrin dan app yang dibuka di Step 1 akan close secara paksa.
Home button anda kini sepatutnya lebih responsif kerana ianya telah ditentukur semula (recalibrate). Tahniah!!!
Adakah anda telah menantukur (recalibrate) iPhone atau iPad anda? Sila berkongsi dengan kami.
No comments:
Post a Comment