Monday 19 December 2011

Fungsi Siri untuk non-iPhone 4S Semakin Hampir Realiti dengan iOS 5.0.1 tweaked version

Siri – pembantu peribadi berasaskan teknologi pengenalan suara yang diperkenalkan Apple merupakan ciri eksklusif yang setakat ini hanya ditawarkan kepada pengguna iPhone 4S. Ianya semakin hari menimbulkan keterujaan di kalangan hackers yang berusaha untuk membolehkan ianya berfungsi di dalam non-iPhone 4S Devices.

Walaupun terdapat laporan awal yang mengatakan tweak bagi menempatkan Siri ke dalam non-iPhone 4S Devices telah ditemui oleh seorang hackers yang menggunakan nama samaran pod2g (sila klik sini) namun sehingga kini, ianya cukup jelas bahawa belum ada sebarang kemungkinan untuk memperkenalkannya kepada umum tanpa melakukan peralihan system file secara haram (illegally) daripada iPhone 4S.

Walaupun demikian seorang iPhone hacker dan developer iaitu Steven Troughton-Smith bersama chpwn (developer apps Jailbreak seperti Infiniboard, Infinidock, Infinifolder, ProSwitcher, VoiceActivator) menyatakan bahawa sekiranya wujud kemungkinan untuk mengekstrak/ ‘decrypt’ fail daripada iPhone 4S, maka untuk menyaksikan Siri berfungsi kepada non-iPhone 4S devices tanpa melibatkan sebarang isu hakcipta adalah sesuatu yang boleh menjadi realiti:

“Saya berharap semua pihak memahami bahawa beberapa isu teknikal dan perundangan telah menjadi punca utama mengapa kami masih belum lagi boleh memperkenalkan kaedah untuk mengaktifkan fungsi Siri pada waktu ini. Apabila tiba masanya kami menemui kaedah untuk ‘decrypt’ iPhone 4S firmware file – dan seterusnya dapat mengekstrak Siri secara sah (legal) tanpa memerlukan iPhone 4S – dan pada masa yang sama kami mempunyai iPhone 4S yang telah di Jailbreak untuk mendapatkan maklumat fail yang diperlukan pada skala yang besar, maka selepas itu barulah semua pengguna non-iPhone 4S devices dapat mencuba untuk menggunakan Siri. Sehingga itu, dengan menunjukkan video bagaimana Siri boleh berfungsi di dalam iPhone 4 mungkin adalah yang terbaik yang boleh kami lakukan.”

Namun 2 hari lepas, Apple telah memberikan hadiah awal Krismas kepada semua penggunan non-iPhone 4S yang setia menanti Siri iaitu tweak version bagi iOS 5.0.1 sedia dimuat turun melalui link berikut (iOS 5.0.1 tweaked version). Apa yang mengejutkan ialah versi tersebut telah sedia di 'decrypted' yang memungkinkan fail-fail yang diperlukan untuk Siri boleh diekstrak tanpa melanggar hakcipta atau copyright Apple.

Seperti kebiasaannya pihak admin akan sentiasa memantau perkembangan ini dan diharap semua pembaca dapat stay tuned atau follow twitter @myiphone2u untuk mendapatkan maklumat yang terkini!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...