Thursday, 22 December 2011

Bagaimana Melakukan Migrasi Data (restore) ke iPhone Baru?

Walaupun proses restore merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap iPhone user, namun ia seringkali mengundang masalah kepada pengguna yang kurang  berpengalaman terutamanya kepada mereka yang pertama kali menggunakan iPhone, mula berjinak-jinak dengan kaedah Jailbreak iPhone atau user yang berhasrat untuk melakukan migrasi data kepada model iPhone yang baru.

Pihak admin kali ini ingin berkongsi dengan pembaca  kaedah migrasi data (restore) daripada iPhone lama kepada iPhone model baru berdasarkan langkah-langkah berikut:

Step 1: Pastikan anda mempunyai versi terkini iTunes

Step 2: Sambungkan iPhone lama anda kepada iTunes melalui kabel dan biarkan ianya sync secara automatik.

Step 3: right click pada ikon iPhone di menu DEVICES sebelah kiri  iTunes dan klik Transfer Purchases

Step 4: right click semula pad ikon iPhone di menu DEVICES sebelah kiri  iTunes dan klik Back Up

Step 5: right click semula pad ikon iPhone di menu DEVICES sebelah kiri iTunes dan klik Eject > tanggalkan iPhone dari sambungan kabel

Step 6: Sambungkan iPhone baru kepada iTunes

Step 7: Itunes akan memberi dua option sama ada anda mahu:

i) restore from a backup; atau

ii) set up your iPhone as a new phone

Pilih option i) restore from a backup dan pilih back up yang terkini yang anda lakukan di Step 2 di atas.

Step 8: Tunggu sehingga restore progress bar di iTunes selesai. Sebaik sahaja selesai, iPhone akan restart.

Tahniah! Anda telah berjaya membuat migrasi data (restore) ke  iPhone baru anda!

Adakah anda telah membuat migrasi data (restore) ke iPhone anda? Sila berkongsi dengan kami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...