Pengalaman Jailbreak iPhone tidak akan sempurna tanpa melakukan sedikit dekorasi dan hiasan terhadap paparan skrin iPhone anda. Pada kali ini admin ingin berkongsi dengan pembaca tentang keunikan theme yang ditawarkan melalui Cydia yang dikenali sebagai ‘Typophone Weather’. Ianya bukan sahaja ringkas dan cantik dipandang malah apa yang lebih penting ialah ianya mampu menjalankan fungsi seperti memaparkan (di lockscreen) tarikh dan cuaca di tempat anda.
Untuk memuat turun theme ini sudah pasti anda perlu Jailbreak iPhone anda selain memuat turun aplikasi WinterBoard daripada Cydia terlebih dahulu.(klik di sini untuk kaedah muat turun WinterBoard)
Berikut merupakan kaedah bagi membuat setup untuk theme Typophone Weather:
Step 1: tap ikon Cydia
Step 2: tap Search tab terletak di bahagian bawah Cydia dan type ‘Typophone Weather’
Step 3: tap pada tulisan ‘Typophone Weather’ yang muncul
Step 4: Anda akan melihat Typophone Weather 2.0.8.6-4 (atau versi yang paling terkini) di skrin > tap Install tab di sebelah kanan atas skrin
Step 5: tap Confirm tab juga di sebelah kanan atas skrin
Step 6: anda sepetutnya dapat melihat pakej Typophone Weather sedang dimuat turun. Apabila muat turun selesai, tap Return to Cydia.
Step 7: tap ikon WinterBoard di skrin (atau pergi ke Setting & tap WinterBoard)
Step 8: paparan toggle WinterBoard akan muncul> tap Select Themes
Step 9: pilih theme Typophone Weather yang telah di muat turun sebentar tadi untuk diaktifkan> tap WinterBoard tab di sebelah atas kiri skrin
Step 10: tap Respring tab di sebelah atas kiri skrin
Tahniah! Anda telah berjaya mengaktifkan theme Typophone Weather di lockscreen iPhone anda!
Walaubagaimanapun anda perlu membuat setting semula tema tersebut bagi membuat penetapan maklumat berkaitan lokasi cuaca di kawasan anda. Untuk tujuan tersebut anda perlu memuat turun aplikasi iFile dan SBSettings daripada Cydia terlebih dahulu. (klik sini untuk kaedah muat turun iFile) dan (klik sini untuk kaedah muat turun SBSettings)
Step 11: tap ikon iFile di skrin
Step 12: tap ‘button back’ di atas sebelah kiri skrin sehingga paparan/page pertama iFile
Step 13: tap var dan seterusnya tap stash> Themes.3s8dNP> Typophone Weather.theme
Step 14: skrol ke bawah sekali dan tap weather.txt > tap Text Viewer tab
Step 15: kod-kod berkaitan cuaca akan dipaparkan di skrin> tap Edit tab di sebelah kiri atas skrin
Step 16: sila beri perhatian kepada kod-kod berikut:
“Fahrenheit” (unit cuaca)
“Bethesda, MD” (lokasi 1)
“USMD0034” (kod lokasi 1)
“Athens, Greece” (lokasi 2)
“GRXX0004” (kod lokasi 2)
Step 17: Sila kenalpasti nama dan kod lokasi bagi kawasan anda di sini
Mengambil contoh lokasi (kod):
i. Sepang, Malaysia (MYXX0031)
ii. Kuala Lumpur, Malaysia (MYXX0008)
Step 18: tukarkan:
“Fahrenheit” kepada “Celsius”
“Bethesda, MD” kepada “Sepang, Malaysia”
“USMD0034” kepada “MYXX0031”
“Athens, Greece” kepada “Kuala Lumpur, Malaysia”
“GRXX0004” kepada “MYXX0008”
PERHATIAN!!!: JANGAN PADAM ATAU UBAH KOD-KOD YANG LAIN
Paparan Kod Selepas Pengubahsuaian (bergaris merah) |
Step 19: tap Save tab> Done
Step 20: tap Respring melalui short cut di panel SBSettings
Tahniah! Anda telah berjaya membuat penetapan cuaca berdasarkan kawasan/lokasi anda!
Adakah anda telah memuat turun theme TypoPhone Weather? Mari berkongsi pengalaman anda.
No comments:
Post a Comment