Wednesday 14 December 2011

Perbandingan Pelan Harga iPhone 4S 16GB

Pihak admin myiPhone2u telah membuat analisis star rating («) perbandingan pelan harga bagi iPhone 4S yang dijangka akan dibuka oleh ketiga-tiga telcos (Celcom/Maxis/Digi) untuk tempahan pelanggan pada 16 Disember 2011. Perbandingan dilakukan dengan merujuk kepada model iPhone 4S yang paling asas iaitu model 16GB.

Secara keseluruhannya sekiranya mengambil kira star rating, DiGi mengatasi dua lagi telcos dengan mendapat 8« manakala Maxis mendapat 7« dan diikuti Celcom (6«). Walaupun begitu satu-satunya kelemahan DiGI ialah syarikat itu hanya menawarkan pelan 24 bulan berbanding dua lagi syarikat pesaingnya yang menawarkan kedua-dua pelan 12 bulan dan 24 bulan.

Walaubagaimanapun pihak admin menasihatkan, apa yang lebih penting di sini ialah bukannya ‘apa yang ditawarkan’ oleh telcos, tetapi sebenarnya ‘apa yang diperlukan’ oleh pengguna yang sepatutnya menjadi priority sebelum membuat keputusan bagi memilih pelan yang terbaik. Pihak admin hanya menyediakan jadual di atas sebagai panduan dan tidak bertanggungjawab kepada sebarang kerugian yang berpunca daripada maklumat yang kurang tepat yang disediakan dalam entry kali ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...