Tuesday, 27 December 2011

Tutorial Untethered Jailbreak iOS 5.0.1 (Windows) with RedSn0w

Seperti yang ditunggu-tunggu tarikh 27 Disember 2011 akhirnya menjadi saksi kepada pelancaran Jailbreak iOS 5.0.1 versi Untethered oleh hackers terkenal yang menggelarkan dirinya  sebagai ‘pod2g’. Seperti yang dijanjikan, berikut adalah tutorial bagaimana untuk melaksanakan Untathered Jailbreak untuk iPhone4 [5.0.1] Windows.

Nota AMARAN!!!: Pastikan anda membuat proses Transfer Purchases dan Back Up di iTunes terlebih dahulu bagi memastikan data-data di dalam iPhone anda selamat sebelum melaksanakan tutorial ini.

Step 1: create folder di desktop dan namakannya Pwnage

Step 2: Download versi terkini RedSn0w 0.9.10b1 (Windows) di SINI dan letakkannya di dalam Pwnage folder yang telah diwujudkan di Step 1.  Ekstrak RedSn0w zip file dengan cara melakukan double klik. (Rajah a)
Rajah a

Step 3: Download iOS 5.0.1 firmware ipsw file di SINI dan letakkannya di dalam Pwnage folder.

(Nota: abaikan Step 3 hingga Step 6 sekiranya anda telah update iPhone anda kepada iOS versi  5.0.1)

Step 4: Sambungkan iPhone anda kepada komputer dan open iTunes (Rajah b)
Rajah b (iTunes)

Step 5: Pilih iPhone anda daripada senarai DEVICES di menu sebelah kiri > tekan kekunci Shift di keyboard dan klik button Restore (Rajah c)
Rajah c

Step 6: Buka Pwnage folder di desktop dan pilih iOS 5.0.1 firmware ipsw file yang telah dimuat turun di Step 3 > Pilih/klik file tersebut. (Rajah d)
Rajah d

iTunes seterusnya akan update iPhone anda kepada versi iOS 5.0.1. Apabila telah selesai update > tutup iTunes.

Step 7: klik aplikasi redsn0w daripada folder RedSn0w yang telah diekstrak di Step 2 (Rajah e)
Rajah e - RedSn0w

Step 8: Apabila aplikasi RedSn0w telah run > klik button Jailbreak (Rajah f)
Rajah f

Step 9: Sambungkan iPhone anda kepada komputer dan pastikan ianya dalam mode OFF terlebih dahulu > klik button NEXT (Rajah g)
Rajah g

Step 10: RedSn0w akan membantu menunjukkan anda langkah-langkah bagaimana menukarkan iPhone anda kepada mode DFU. Sila ikuti dengan teliti langkah yang ditunjukkan di skrin anda.

Tekan button Power selama 3 saat (Rajah h.1)
Rajah h.1

Tanpa melepaskan button Power, seterusnya pada masa yang sama tekan pula button Home selama 10 saat (Rajah h.2)
Rajah h.2

Lepaskan button Power dan teruskan tekan button Home selama 15 saat sehingga RedSn0w mengesan iPhone anda (Rajah h.3)
Rajah h.3

Step 11: iPhone anda seterusnya akan reboot (Rajah i)
Rajah i

Step 12: RedSn0w seterusnya akan akan menyediakan data Jailbreak untuk iPhone anda (Rajah k)
Rajah k

Step 13: Pilih Install Cydia daripada senarai option > klik NEXT (Rajah l)
Rajah l

Step 14: iPhone anda akan reboot semula dimana RedSn0w akan mula memuatnaik (upload) RAM Disk baru dan Kernel ke iPhone anda (Rajah m)
Rajah m

Step 15: RedSn0w  akan memaklumkan kepada anda apabila semuanya telah selesai (Rajah n).
Rajah n

(Nota: selepas iPhone anda reboot lebih kurang 5 minit, ianya akan tersedia dengan aplikasi Cydia di skrin iPhone anda dengan status Untethered Jailbreak )

Tahniah!!! Anda telah berjaya melakukan Jailbreak versi untethered iPhone anda!

Adakah anda telah berjaya melakukan Jailbreak versi untethered iPhone anda? Mari berkongsi dengan kami!

Nota kaki: Sekiranya anda berdepan dengan masalah 'White Cydia' selepas melakukan Jailbreak sila ikut langkah ini:

Step 1: tap 'White Cydia' > tap Changes di menu bawah Cydia 

Step 2: tap Refresh button (Cydia akan update semua pakej yang diperlukan) > tap Upgrade

Step 3: Essential Upgrade juga kemungkinan akan muncul > tap Essential Upgrade

(Nota: abaikan Step 3 sekiranya Essential Upgrade tidak muncul)

Step 4: Biarkan proses upgrade selesai > close Cydia

Selesai!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...