Wednesday, 26 October 2011

iOS 5 Review: Perbandingan Tempoh Load Page Web menggunakan iOS5 VS iOS4

Berikut adalah berita baru yang Admin terima daripada seorang pengirim emel blog myiphone2u.blogspot.com di mana kandungan emel tersebut menyatakan perbandingan kelajuan dalam melayari laman web di antara iOS 5 dan iOS 4.

Laman web New Relic telah membuat kajian dengan menggunakan data Real User Monitoring (teknologi pemantauan pasif yang merekodkan semua interaksi pengguna di laman web) untuk menganalisis dan menyemak sama ada melayari internet secara mobile menggunakan iOS5 adalah lebih pantas berbanding iOS4.

Hasil daripada kajian tersebut secara purata melibatkan 3000 laman web mendapati tempoh bagi muat turun (load page) laman web dengan menggunakan iOS 5 adalah 4.1 saat berbanding iOS 4 iaitu 9.6 saat. Dalam satu ujian terkawal pula mendapati tempoh load page laman web bagi iOS 5 adalah 1.88 saat berbanding 6.34 saat untuk iOS 4.

Oleh yang demikian berdasarkan penemuan tersebut sudah pasti menjadi sebab yang kukuh mengapa pengguna iPhone perlu berubah kepada iOS 5 dengan segera bagi menikmati pengalaman pelayaran laman web yang lebih sempurna.


iOS 5 Review - Photo Stream via iCloud

Klik untuk paparan lebih besar
Jika anda sering berdepan dengan kesukaran untuk melihat gambar di atas skrin iPhone 3.5" anda, pihak admin menjangkakan bahawa anda pasti menyukai ciri ini yang dikenali sebagai "Photo Stream". Photo Stream berfungsi untuk menyimpan gambar dalam mode sync merentasi semua peranti iDevices anda (yang menggunakan iOS5) termasuk juga secara terus kepada Mac dan PC di rumah. Sebagai contoh sekiranya anda memindahkan gambar daripada kamera atau DSLR anda, pada masa yang sama ianya juga dapat dipaparkan secara automatik pada mana-mana iDevice anda seperti iPad, iPhone, dan juga iPod Touch.

iCloud akan berperanan menguruskan Photo Stream anda dengan cekap supaya anda tidak kehabisan ruang storan (space) pada iPhone, iPad atau iPod Touch. Sekiranya anda mengaktifkan ciri Photo Stream pada mana-mana iDevice anda, setiap gambar yang diambil akan muncul dalam "Photo Stream Album" yang akan menyimpan sehingga 1000 gambar terakhir anda. Jika anda mahu mengubahsuai atau menyimpan gambar kegemaran, anda hanya perlu menyimpannya di dalam Camera Roll Album.

ALERT!!!

Berdasarkan pemerhatian Admin, terdapat 2 kelemahan utama ciri "Photo Stream" ini iaitu:

1. iCloud hanya akan menyimpan gambar di dalam "Photo Stream Album" selama 30 hari sahaja. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk menyimpan semula gambar yang menjadi kegemaran dalam tempoh tersebut di mana-mana iDevice anda.

2. Sekiranya anda secara tidak sengaja merakamkan gambar yang dilarang atau gambar yang memalukan untuk ditunjukkan kepada keluarga anda, anda tidak boleh memadamnya secara terus di iCloud Photo Stream Album sehinggalah anda memutuskan semua sambungan iCloud pada semua iDevice. Tindakan ini memungkinkan SEMUA gambar di dalam iCloud akan terpadam tanpa sebarang notis. Oleh itu sebelum anda berdepan dengan masalah ini, admin menasihatkan supaya anda berfikir dahulu sebelum merakamkan gambar yang sensitif yang mungkin tidak semua orang selesa untuk melihatnya.

Secara keseluruhannya Admin berpendapat Photo Stream merupakan antara ciri yang menakjubkan yang ditawarkan oleh iOS 5. Walaubagaimanapun, tanpa keupayaan untuk memadam gambar secara individu, pengguna mungkin berpotensi untuk merasa cepat bosan apabila mendapati mereka perlu mematikan dan mengaktifkan semula ciri tersebut sekiranya berhadapan dengan masalah seperti yang dinyatakan di atas.

Wednesday, 19 October 2011

iOS 5 Review - iTunes in the Cloud

Download a song or album and it appears on all your iDevice
iCloud boleh memuat turun secara automatik pembelian muzik kepada iDevice anda sama ada melalui wi-fi atau 3G. ini bermakna anda boleh membeli sebuah lagu dari iTunes menggunakan iPad semasa di rumah dan menunggunya sehingga selesai pada iPhone semasa dalam perjalanan ke tempat kerja (atau sebaliknya). Semuanya berlaku secara real-time  tanpa perlu melakukan sync.

Pada masa yang sama, anda juga boleh memuat turun semula muzik dan program TV yang telah dibeli sebelum ini kepada semua iDevice anda. Apabila anda membeli daripada iTunes, iCloud akan menyimpan rekod pembelian (purchase history) tanpa mengira iDevice apa yang anda gunakan untuk membelinya. Anda seterusnya boleh mengakses pembelian tersebut melalui iPhone, iPad, iPod Touch, Mac, PC atau Apple TV di mana anda hanya perlu tap untuk memuat turunnya pada mana-mana iDevice tersebut.


Coming soon! iTunes Match
Pihak Apple menurut laman web Apple.com akan meningkatkan lagi kemampuan iTunes dengan pengenalan iTunes Match pada masa akan datang. iTunes Match berfungsi untuk membuat pemadanan bagi muzik yang tidak dibeli daripada iTunes untuk disimpan di dalam iCloud Library. Ini termasuklah senarai muzik di dalam koleksi peribadi PC anda sama ada yang diimport daripada CD atau dimuat turun daripada laman web lain (bukan daripada iTunes).

Berikut adalah bagaimana ia berfungsi: iTunes akan mengenalpasti lagu-lagu di dalam koleksi anda yang juga boleh didapati melalui iTunes. Seterusnya lagu yang berjaya dipadankan akan ditambah secara automatik di dalam iCloud Library. Oleh kerana terdapat lebih 2o juta lagu di dalam iTunes sudah pasti kebanyakan muzik di dalam koleksi anda boleh dipadankan tanpa sebarang masalah dan ianya lebih menjimatkan kos dan masa berbanding pembelian muzik terus daripada iTunes. Anda hanya perlu uploads lagu yang tidak dapat dipadankan oleh iTunes seperti lagu-lagu artis tempatan yang sebahagian besarnya tidak terdapat di dalam iTunes. Sebaik sahaja semua lagu berada di iCloud, anda boleh membuat streaming dan menyimpan semua lagu di mana-mana iDevice anda di mana ianya akan dimainkan kembali pada kualiti 256-Kbps-AAC DRM-walaupaun salinan asal anda mempunyai kualiti lebih rendah.


Monday, 17 October 2011

iOS 5 Review - Apakah itu iCloud?

Apabila Apple mula-mula melancarkan iPhone (dan seterusnya iPad), perkara pertama yang perlu dilaksanakan oleh pembeli ialah menyambungkannya ke PC bagi tujuan pengaktifan serta penyegerakkan (diambil daripada perkataan ‘segerak’ dan selepas ini disebut ‘sync’ atau ‘syncing’) gajet tersebut.

Walaubagaimanapun, berdasarkan maklumbalas daripada pengguna seluruh dunia, rupa-rupanya terdapat sebahagian besar daripada pembeli, sejak daripada itu tidak pernah menyambungkan semula dan syncing iPhone mereka bagi tujuan pengemaskinian iOS mahupun melakukan backup data. Tanyalah mana-mana ibu bapa mahupun pengguna produk tersebut secara rawak tentang berapa kerap mereka sync iPhone mereka setiap kali ianya memerlukan mereka untuk berbuat demikian? Anda pasti terkejut kerana jawapan sebahagian besar daripada mereka ialah ‘TIDAK PERNAH!!!’.

Bagaimana iCloud berfungsi
Maka atas faktor tersebut Apple membuat satu langkah bijak dengan memperkenalkan iCloud di dalam pakej iOS 5 yang berfungsi untuk memastikan iPhone anda sentiasa dalam keadaan sync melalui talian internet. Berbeza dengan kaedah syncing biasa secara manual yang memerlukan pengguna membuat sambungan kabel ke PC, proses syncing melalui iCloud dilakukan secara wireless. Pada masa yang sama anda dapat berkongsi kandungan data yang sama sekiranya anda menggunakan iDevice lain. Ini kerana. iCloud secara automatik akan menyimpan kandungan data anda dengan selamat supaya ia sentiasa tersedia memberikan anda akses kepada muzik, aplikasi, gambar dll untuk digunakan di salah satu sama ada  iPhone, iPad, iPod Touch, Mac mahupun PC anda. Ini dapat dilakukan dengan syarat semua iDevice tersebut menggunakan Apple ID pengguna yang sama.

Apple memilih untuk menamakan perkhidmatan ini sebagai iCloud adalah merujuk kepada terma teknologi ‘Cloud’ yang secara asasnya merupakan satu kaedah penyimpanan data di dalam remote server yang yang memberi kebolehcapaian (accessabilty and avilablity) kepada pengguna walau di mana sahaja. Atau dengan kata mudah seolah-olah data tersebut tersimpan di dalam ‘awan’ di mana untuk mendapatkannya anda hanya perlu keluar dan mencapai data tersebut (reach out and grab).

Buat masa ini, pihak Apple menyediakan perkhidmatan iCloud dengan storan percuma sebanyak 5GB kepada pengguna yang pertama kali menggunakan perkhidmatan tersebut. Sekiranya anda memerlukan ruang storan yang lebih besar, anda boleh melanggannya melalui Apple dengan yuran tahunan sebanyak USD20 (10GB), USD40 (20GB) dan USD100 (50GB).

Bagi admin iCloud adalah lebih daripada sekadar cakera keras (hard disk) di langit. Ini kerana, selain berperanan sebagai storan penyimpanan data, ianya mempunyai banyak lagi fungsi seperti iTunes in the Cloud, Find My Phone, Photo Stream, Book Progress, dan Wireless Backup yang akan dikongsi bersama pembaca dalam entry seterusnya.

 

Friday, 14 October 2011

iOS 5 Review: Reminders - Membantu Hidup Anda!

Walaupun hari ini terdapat banyak apps ‘to-do-list’ untuk iPhone sama ada yang ditawarkan di Apps Store atau Installous, Apple telah mengambil langkah kehadapan dengan memperkenalkan apps ‘to-do-list’ nya sendiri yang dikenali sebagai Reminders dalam pakej iOS 5.
Ianya dilihat cukup ringkas tetapi amat penting terutamanya kepada wanita yang sibuk dengan kerjaya dan pada masa yang sama perlu memikirkan tanggungjawab sebagai surirumah.
Sekiranya seseorang pengguna terfikir sesuatu perkara yang perlu diberi perhatian seperti membeli susu selepas waktu kerja, beliau hanya perlu menambah di dalam senarai Reminders dan boleh menetapkan alarm (ciri yang tiada dalam versi iOS sebelum ini) sekiranya perlu.. Satu notifikasi akan muncul di skrin untuk mengingatkan pengguna apabila tiba waktu yang telah ditetapkan .
Apa yang menjadikan Reminders unik berbanding aplikasi ‘to-do-list’ yang lain ialah ianya mampu untuk mengesan lokasi anda melalui fungsi GPS yang ada dalam aplikasi berkenaan. Untuk menggunakan fungsi GPS tersebut anda perlu menetapkan lokasi terlebih dahulu dengan menggunakan aplikasi “Maps” dan menyimpannya dalam senarai contact. Selepas itu, dengan menggunakan Reminders, pengguna perlu retrieve lokasi yang disimpan di dalam senarai contact dan seterusnya Reminders akan memaklumkan kepada pengguna  ‘to-do-list’ yang telah disenaraikan sebaik sahaja tiba di lokasi berkenaan.

Komen admin ialah, untuk membuat penetapan lokasi seperti yang tersebut di atas dilihat sungguh melecehkan dan tidak user friendly. Admin berharap pihak Apple dapat mempertimbangkan fungsi ‘drop a pin’ secara terus untuk memilih lokasi seperti yang ada di dalam aplikasi ‘Maps’ untuk updates iOS akan datang.

iOS 5 Review: Wi-Fi Sync & Over-the-air-updates


iOS 5 membolehkan iPhone melakukan proses ‘sync’ tanpa wayar (wireless) dengan komputer pasangannya. Ini bermakna pengguna hanya perlu membiarkan iPhone mereka dicas pada waktu malam (kebiasaannya sebelum tidur)  dan pada masa yang sama komputer akan melakukan ‘sync’ secara automatik tanpa wayar dengan bantuan wi-fi. Semua data yang terdapat di iPhone termasuk file mp3, foto, senarai contact dan lain-lain akan dikemaskini di dalam komputer dan dijadikan sebagai backup dengan syarat kedua-dua alat tersebut menggunakan sambungan wi-fi yang sama.
iPhone dengan iOS 5 tidak akan bertukar kepada ‘mode lock’ ketika proses ‘sync’ berjalan. Ini bermakna pengguna dapat menggunakan iPhone seperti biasa seperti menerima mesej teks/SMS, membaca emel dan lain-lain tanpa perlu membatalkan proses ‘sync’ tersebut.
iOS 5 juga dilengkapi dengan fungsi ‘Over-the-air-updates’ yang membolehkan pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch mengemaskini software gadget mereka secara  tanpa wayar. Walaubagaimanapun ‘Over-the-air-updates’ hanya boleh mengemaskini elemen kecil penambahbaikan firmware seperti updates Safari dan bukan sistem pengoperasian (iOS) secara keseluruhan. Ini bermakna untuk melakukan updates versi baru iOS, pengguna masih memerlukan iTunes dengan sambungan kepada komputer. ‘Over-the-air-updates’, akan memaklumkan kepada pengguna melalui badge reminder yang akan muncul secara automatik pada ikon ‘Setting’ yang menunjukkan bilangan elemen yang boleh diupdates melalui sambungan 3G atau Wi-Fi.

Thursday, 13 October 2011

iOS 5 Review: Notification Center - lebih jelas dan mudah!

Fungsi ‘Notification’ (notifikasi) sebenarnya telah tersedia sejak iOS mula diperkenalkan oleh Apple di dalam iDevice mereka. Walaubagaimanapun ianya kurang popular di kalangan pengguna iPhone disebabkan maklumat terhad yang ditawarkan oleh aplikasi tersebut. Keadaan ini memaksa pengguna beralih kepada aplikasi lain yang lebih releven dan menyebabkan ianya  terus dilupakan.
Namun begitu, aplikasi tersebut telah dinaiktaraf dengan pengenalan iOS 5 menjadikan ianya sebagai salah satu aplikasi yang perlu ada bagi setiap pengguna iPhone. Dalam versi yang terkini,, semua maklumat yang diperlukan oleh pengguna akan dipaparkan melalui panel notifikasi yang boleh diakses dengan cara melakukan swiping down di status bar sama ada semasa mode home screen atau mode penggunaan aplikasi. Senarai fungsi di panel notifikasi boleh disesuaikan dengan petunjuk seperti harga saham, cuaca, senarai contact telefon, emel, mesej teks, Facebook, Twitter atau mana-mana aplikasi lain mengikut keperluan dan selera pengguna.
Berbeza dengan iOS versi terdahulu di mana pengguna perlu menutup terlebih dahulu sebarang notifikasi yang muncul (dalam bentuk mesej ringkas di dalam kotak seperti SMS) sebelum boleh melakukan/meneruskan perkara lain. Dengan iOS 5, notifikasi tersebut kini boleh ditetapkan sebagai mesej ringkas di sebelah atas skrin tanpa perlu menyebabkan delay atau  menggangu ‘aktiviti semasa’ iPhone anda. Sebagai contoh sekiranya pengguna menerima notifikasi semasa bermain  games, ianya akan muncul di bahagian atas skrin antaramuka yang sama untuk tempoh masa beberapa saat tanpa menyebabkan aplikasi games itu bertukar kepada mode ‘pause’.

Notification juga akan memaparkan senarai bagi setiap panggilan, mesej dan emel yang diterima ketika iPhone berada dalam mode Lock Screen. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan cara  melakukan swipe terhadap petunjuk  mesej teks atau emel yang seterusnya akan membawa kepada pengaktifan apps yang berkenaan.

iOS 5 Review: iMessage 'Senjata Pembunuh' BlackBerry Messenger (BBM)

Dalam usaha yang pasti menggusarkan pengguna BlackBerry (yang mengalami masalah rangkaian sejak beberapa hari), Apple telah membawakan system pesanan ringkas percuma melalui iOS 5 yang dikenali sebagai iMessage serta berfungsi mirip kepada BlackBerry Messenger (BBM).
iMessage boleh didapati secara ekslusif kepada pengguna iOS 5 secara built in di dalam Aplikasi Mesej Teks iPhone sedia ada. Mesej teks daripada pengguna yang mempunyai iOS 5 akan muncul dengan warna biru dan bukan hijau seperti biasa. Memilih antara mesej teks dan iMessage tidak memerlukan input daripada pengguna. Jika iPhone anda mempunyai sambungan data samada GPRS, EDGE atau 3G dan penerima juga menggunakan iOS 5, maka mesej teks yang ditulis akan dihantar sebagai mesej percuma iMessages.
Perkhidmatan ini juga dilengkapi dengan Delivery Reports serta pada masa yang sama akan muncul ikon di skrin untuk menunjukkan penerima sedang menaip/membalas mesej baru.
Selain mesej teks, imej bergambar dan video juga boleh dihantar sebagai iMessages. Bagi pengguna iPod atau mereka yang tidak melanggan pelan data tanpa had, mereka boleh menghantar iMessage tanpa dikenakan caj data selagi mempunyai sambungan Wi-Fi.
iMessage boleh menjadi ‘senjata pembunuh’ kepada BlackBerry yang sebelum ini menjadi pilihan kepada golongan bukan perniagaan (non business) disebabkan tarikan aplikasi BBM yang ditawarkan. Dengan masalah rangkaian data yang dihadapi oleh BlackBerry, ditambah dengan pengenalan iPhone 4S yang lebih berkuasa, iMessage sudah pasti akan meyakinkan pengguna untuk berubah selera daripada BlackBerry kepada iPhone.

iOS 5 Boleh Dimuat-turun Bermula Hari Ini!!!

Apple telah membuat pengumuman berkaitan sistem operasi terbaru mereka untuk iPhone, iPad dan iPod Touch yang dikenali sebagai iOS 5 yang telah tersedia untuk dimuat turun bermula hari ini.
iOS 5 membawa satu 'notification system' yang serba baru yang berintegrasi dengan Twitter, selain aplikasi iMessage yang dijangka akan menjadi pesaing kepada BlackBerry  Messenger (BBM). Sementara itu, kemampuan  perisian tersebut juga telah dipertingkat yang akan membawa satu perasaan bagaikan membeli sebuah iPhone yang baru bagi setiap pengguna yang telah mengemaskini iOS 5.
iOS 5 boleh diupdate secara percuma dan ianya hadir dengan lebih 200 ciri baru untuk iPhone, iPad dan iPod Touch antaranya termasuk location-aware reminders app, Newsstand dan wireless syncing. Pengenalan iOS 5 dikatakan membawa misi utama iaitu bertujuan untuk memisahkan iDevice (iPhone, iPad & iPod) daripada komputer peribadi atau apa yang dikenali sebagai “PC Free”. Ini bermakna sebarang gadget yang menggunakan iOS 5 boleh dikendalikan sepenuhnya tanpa komputer yang seterusnya akan menjadikan iPad sebagai pesaing netbook sebenar.
iOS5 memerlukan iTunes versi 10.5 dan kedua-duanya kini boleh didapati untuk dimuat turun secara percuma.
Pihak admin myiphone2u dalam entry seterusnya akan membuat review ciri-ciri baru yang dibawa oleh iOS 5 dan berkongsi dengan semua pembaca setia blog ini.

Wednesday, 12 October 2011

Mengapa iPhone masih Mengekalkan Skrin Saiz 3.5"



Admin myiphone2u ingin membawa pembaca kepada satu perkara menarik yang telah diselidiki tentang persoalan mengapa saiz skrin sesentuh iPhone masih 3.5-inci, manakala kebanyakan telefon Android dan juga Windows 7 berlumba-lumba untuk menawarkan saiz dimensi skrin yang lebih besar seiring dengan pengenalan versi baru telefon mereka.

Perkara ini didedahkan oleh Dustin Curtis, seorang pereka yang terlibat secara langsung dalam pembangunan Samsung Galaxy S II Android yang menawarkan skrin besar bersaiz 4.2-inci. Beliau menyatakan dalam penemuannya bahawa alasan mengapa Apple memilih untuk mengekalkan saiz skrin sesentuh iPhone lebih kecil adalah berasaskan faktor bagaimana pengguna menggunakan peranti (telefon) dengan satu tangan, di mana ibu jari mencapai titik sentuhan maksimun di atas skrin.

"Apabila anda mula-mula melihat dan menggunakan telefon dengan skrin 4-inci atau lebih besar, ia seolah-olah memberi pengalaman yang lebih baik bagi anda sebagai pengguna smart phone. Saya fikir ia adalah satu keputusan yang bersifat teknikal yang mempengaruhi keputusan anda dalam pemilihan jenis telefon. Tetapi sejak bertukar kepada Samsung Galaxy S II (telefon Android terbaik dalam kelasnya), saya telah sedar satu kelemahan apabila menggunakan skrin telefon besar. Kelemahan tersebut adalah apabila memegang telefon tersebut dengan satu tangan, saya tidak boleh menjangkau ke bahagian lain skrin dengan ibu jari saya."

Sebaliknya, Curtis menyatakan bahawa apabila menggunakan iPhone, beliau tidak berdepan masalah untuk mencapai dan membuat sentuhan merentasi jauh di pelbagai sudut skrin di mana tapak tangannya memegang telefon tersebut. Tambahnya lagi, ia sebenarnya membuatkan pengguna merasa lebih sempurna dan memberi pengalaman peribadi yang menarik dalam penggunaan telefon pintar.

Sekiranya anda mengharapkan untuk model iPhone yang mempunyai skrin yang lebih luas, anda perlu menunggu untuk tempoh yang lebih lama lagi kerana Apple masih lagi cenderung untuk mengekalkan prinsip rekaan mereka iaitu untuk menawarkan sesuatu yang bersifat ergonomik kepada pengguna.


Apps Review: WhatsApp Messenger for iPhone

WhatsApp Messenger merupakan aplikasi smartphone messenger merentas platform. Ianya boleh berfungsi sama ada menggunakan platform iPhone, Blackberry dan Android. WhatsApp digunakan bersama 3G atau WiFi untuk menghantar SMS kepada rakan dan keluarga.

Mengapa menggunakan WhatsApp???

TIADA KOS TERSEMBUNYI:
Anda boleh menggunakan WhatsApp untuk menghantar SMS sebanyak mana pun sebaik sahaja anda dan kawan anda memuat turun aplikasi tersebut. Ini kerana WhatsApp menggunakan sambungan internet melalui 3G atau WiFi.

MULTIMEDIA:
Anda boleh menghantar mesej video, gambar atau suara kepada rakan anda melalui WhatsApp

GROUP CHAT:
Anda boleh mewujudkan group sms dan berbual dengan rakan group anda untuk berbincang berkaitan sesuatu isu atau mengulangkaji pelajaran.

TIADA CAJ ANTARABANGSA:
Seperti emel, WhatsApp tidak mengenakan sebarang caj untuk penghantaran mesej antarabangsa. Chat bersama rakan anda di seluruh dunia tanpa perlu risau akan bil yang melambung tinggi.

TIADA PIN & KATA LALUAN:
Anda tidak perlu memikirkan untuk mengingati PIN atau kata laluan kerana WhatsApp hanya menggunakan nombor telefon anda sama seperti SMS. Pada masa yang sama ianya akan berintegrasi dengan nombor telefon rakan atau kenalan anda di dalam address book yang menggunakan aplikasi yang sama.

TIDAK PERLU LOG IN/OUT:
Tidak perlu keliru untuk sentiasa log out daripada komputer atau telefon anda. Dengan menggunakan teknologi ‘push notifications’, WhatsApp akan sentiasa ON dan CONNECTED!

TIDAK PERLU UNTUK MENAMBAH KENALAN:
Dengan WhatsApp, address book anda akan sentiasa berintegrasi secara automatik dengan senarai contact yang menggunakan WhatsApp.

MESEJ OFFLINE:
Walaupun anda tertinggal mesej disebabkan tiada talian internet atau kehabisan bateri, WhatsApp akan menyimpan mesej daripada rakan anda secara offline sehingga telefon anda dapat berfungsi seperti biasa.

DAN BANYAK LAGI:
Seperti perkongsian lokasi, pertukaran nombor telefon, wallpaper boleh ubah, mode landscape, penanda masa penerimaan mesej yang tepat, chat history, menghantar MMS kepada rammmai kenalan dan banyak lagi.

Jadi marilah kita beramai-ramai menggunkan WhatsApp dan ucapkan selamat tinggal kepada SMS.

Untuk mendapatkan WhatsApp secara percuma:

Klik Installous > tap ‘search’ menu > type ‘WhatsApp’ > download


Tuesday, 11 October 2011

Tweak Review: PhotoAlbums+ for iPhone


Bosan dengan album anda yang tidak tersusun? Semua gambar dilonggokkan hanya dalam satu album iaitu ‘Camera Roll’? Ayuh! Kuasai kawalan ‘Camera Roll’ anda!

Dengan tweak ‘PhotoAlbums+ for iPhone’ anda kini boleh mengemaskini gambar yang diambil melalui kamera dengan lebih mudah dan sistematik dengan menyusunnya mengikut album kesukaan anda.

Secara amnya tweak ini akan menjimatkan masa yang panjang yang diperlukan untuk mengemaskini gambar semasa proses tethering iTunes. Dengan ‘PhotoAlbums+ for iPhone’ anda tidak perlu lagi duduk menghadap PC untuk menambah atau memadam album; tidak perlu lagi membuang masa untuk memindahkan gambar/video ke PC sebelum anda boleh mencipta album baru di dalam iPhone; tidak perlu lagi anda mengharap simpati iTunes yang pastinya tidak menjanjikan keselesaan serta tidak praktikal dalam konteks photo management.

Kini dengan tweak tersebut, hanya dengan satu sentuhan anda boleh mencipta sebanyak mana album baru dan memindahkan gambar di Camera Roll ke dalam album-album tersebut.

A. Cara untuk install tweak ini adalah seperti berikut:
1. Open Cydia >Search

2. Type PhotoAlbums+ for iPhone’ dan pilih

3. Klik 'Install' sehingga selesai

4. Klik Restart/Respring iPhone

B. Cara untuk create album adalah seperti berikut:
1. Open apps ‘Photo’

2. Klik ikon ‘+’ di atas sebelah kanan

3. Pop up ‘New Album’ akan muncul > tulis tajuk album di ruangan ‘title’

4. Klik ikon ‘lock’ di sebelah kanan pop up tersebut sekiranya anda mahu meletakkan password untuk album tersebut

Urutan untuk Create Album

C. Cara untuk memindahkan gambar dari ‘Camera Roll’
1. Open apps ‘Photo’ > klik di ‘Camera Roll’

2. Klik ikon ‘move’ di atas sebelah kanan ‘Camera Roll’

3. Pilih mana-mana gambar (boleh pilih lebih daripada 1 gambar)

4. Klik option ‘move’ di sebelah bawah ‘Camera Roll’

5. Masukkan gambar dengan memilih mana-mana album yang telah dicipta seperti di bahagian B tadi
Urutan Move Gambar daripada Camera Roll

Untuk memadam album anda hanya perlu ‘swipe’ pada album yang dikehendaki. Anda tidak perlu risau sekiranya album anda terpadam secara tidak sengaja kerana sebaik sahaja album itu dipadam, semua gambar akan kembali ke ‘Camera Roll’. Tweak ini juga tidak memberikan apa-apa kesan terhadap syncing iTunes dan anda boleh membuat backup semula dengan iTunes sekiranya berdepan dengan sebarang masalah

Monday, 10 October 2011

Apple Selepas Era Gemilang Steve Jobs

Di kala dunia masih meratapi pemergian bapa teknologi moden Steve Jobs, pada masa  yang sama ramai pemerhati tertanya-tanya tentang hala tuju syarikat Apple selepas ini. Apple yang pada ketika ini merupakan syarikat paling berharga di dunia yang telah menjual lebih 15 juta unit iPad dan 55 juta unit iPhone di seluruh dunia baru sahaja melantik Tim Cook sebagai CEO yang baru pada bulan Ogos 2011.

Tim Cook-New CEO Apple
Untuk rekod, Cook telah menyertai Apple pada tahun 1998. Walaubagaimanapun track rekod beliau yang tidak pernah menganggotai sayap kreatif Apple sepanjang kerjayanya di situ bakal menimbulkan banyak persoalan tentang sejauh mana keberkesanan produk baru Apple di masa akan datang. Satu-satunya perkara yang mungkin menjadi kelebihan beliau ialah pengalaman memangku tugas CEO Apple semasa Jobs menjalani pembedahan kanser pada tahun 2004. Dalam kenyataan terbarunya, Cook telah menyatakan bahawa beliau tidak akan mengubah pendekatan Apple dan menekankan akan meneruskan kerja seperti mana yang telah Jobs lakukan sebelum ini.
Bagi admin, walau siapa pun yang menggantikan tempat Jobs, Apple akan terus kekal dengan visinya yang unik iaitu dengan menjadikan teknologi lebih bernilai untuk pengguna. Blog myiPhone2u akan terus memantau perkembangan produk Apple terutamanya iPhone pasca Steve Jobs dan akan berkongsi dengan semua pembaca setia blog ini. Yang pergi tak mungkin kembali dan bagi yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan seperti biasa di muka bumi.

Thursday, 6 October 2011

Steve Jobs Dalam Kenangan (1955 - 2011)


“I have always said if there ever came a day when i could no longer meet my duties and expectations as Apple’s CEO, I would be the first to let you know. Unfortunately, that day has come”
 
 
-Steve Jobs, August 24 2011-

Dunia hari ini dikejutkan dengan berita kematian pengasas Apple iaitu Steve Jobs pada umur 56 tahun awal pagi ini. Hanya lebih sebulan yang lepas ketika melepaskan jawatannya sebagai CEO Apple, beliau telah menyatakan kenyataan di atas dalam surat perletakan jawatannya.

Daripada kenyataannya itu jelas menunjukkan bahawa seolah-olah beliau mengetahui yang masanya sudah terlalu hampir untuknya meninggalkan dunia ini selama-lamanya akibat penyakit kanser yang dihadapinya. Jawatan CEO yang dipegangnya dilepaskan kepada COO Apple iaitu Tim Cook manakala beliau masih kekal sebagai Pengerusi Lembaga Syarikat selain pengarah dan pekerja Apple sendiri.
Pada ketika iPhone 4S menjadi tumpuan bagi tempoh 24 jam yang lepas, laman web Apple.com hari ini mendedikasikan kepada Jobs sekeping gambar photo shoot menarik yang juga akan digunakan sebagai kulit muka depan buku Biografinya (ditulis oleh Walter Isaacson) yang dijadual dilancarkan pada bulan depan.
Jobs telah didiagnos menghidap kanser pada tahun 2004 serta menjalani pembedahan bagi mengubati penyakit tersebut. Dalam beberapa tahun selepas itu, penyakit tersebut telah memaksa beliau untuk berundur sementara sebagai CEO Apple. Beliau juga telah menjalani transplant hati pada tahun 2009 semasa beliau menjalani cuti sakit.
Walaubagaimanapun selepas beberapa lama berjuang berdepan penyakitnya, beliau telah kembali aktif dan menyambung tugasnya yang menakjubkan di Apple. Pada tahun 2007 beliau memperkenalkan iPhone dan seterusnya iPad pada tahun 2010. Beliau membuat kemunculan terakhir di pentas semasa Apple’s 2011 WWDC di San Francisco di mana dia telah memperkenalkan inovasi terkini Apple termasuk iOS5, OS X Lion dan iCloud.
Namun segala-galanya tampak berakhir buatnya apabila penyakitnya semakin melarat yang memaksa beliau meletakkan jawatannya terus sebagai CEO syarikat Apple yang diasaskan bersama sahabat beliau Wozniak. Hanya sehari selepas pelancaran model terbaru iPhone 4S (iPhone for Steve), beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan ditemani oleh keluarga nya.
Bagi admin selaku peminat gadget Apple turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang di atas berita sedih ini. Sesungguhnya kehilangan mendiang adalah sesuatu yang sukar untuk dicari ganti lebih-lebih lagi di atas sumbangan besar beliau dalam pembangunan teknologi computer dan komunikasi yang mengubah cara hidup jutaan manusia di dunia.

Tuesday, 4 October 2011

'SIRI': Teknologi Masa Depan kini di iPhone 4S

Lupakan iPhone 4S seketika kerana bintang utama pada hari ini adalah ‘SIRI’!!!

Umum mengetahui teknologi imbasan suara (voice recognition) bukanlah sesuatu yang baru di mana Google merupakan antara nama besar yang telah memulakan inisiatif membangunkan teknologi tersebut melalui produk Google Voice Search.  Walaubagaimanapun produk tersebut  dikatakan siap separuh masuk serta mempunyai banyak kelemahan disebabkan batasan teknologi terutamanya dalam aspek kepintaran buatan (AI). Lantaran itu ianya tidak user friendly  menjadikan kehadirannya terus dilupakan oleh komuniti IT.

Namun dalam demo yang ditunjukkan oleh Apple semasa pelancaran iPhone 4S baru baru ini, ‘SIRI’ telah membuktikan bahawa anda tidak perlu untuk berlagak seperti pakar bahasa, atau bercakap menggunakan kod rahsia hanya semata-mata untuk memastikan gadget elektronik anda memahami dan seterusnya melaksanakan tugas dengan cekap melalui teknologi imbasan suara. Melalui ‘SIRI’, ia membolehkan anda melaksanakan hampir semua perkara di iPhone hanya melalui arahan suara.

Aplikasi ‘SIRI’ mampu mentafsir kehendak anda tanpa banyak soal. Sebagai contoh sekiranya anda memberi arahan kepada ‘SIRI’ supaya menghubungi abang anda, Siri akan secara automatik mentafsir arahan itu untuk mengesan nama abang anda di dalam senarai contact. Begitu juga jika anda berkehendakkan 2 tiket wayang pada jam 7 malam. ‘SIRI’ akan terus mengenalpasti laman web panggung wayang dan seterusnya melakukan tugasnya hingga selesai. Sekiranya ia tidak mampu mentafsir maksud awal sesuatu arahan, ‘SIRI’ akan bertanyakan soalan tambahan bagi memastikan hasil tugas yang akan dilaksanakan menepati kehendak sebenar pengguna.

Bagi admin ‘SIRI’ adalah masa depan bagi Apple. Sejauh mana Apple mampu mempertingkatkan kemampuan ‘SIRI’, maka selama itulah produk Apple akan terus releven di kalangan pengguna.

Dalam entry kali ini, admin ingin menjemput pembaca untuk sama-sama melihat video berkaitan dengan teknologi ‘SIRI’. Sebelum itu, admin ingin mengingatkan anda semua supaya percaya dengan apa yang anda akan lihat dan dengar kerana ianya bukan lagi mimpi…
Introducing Siri by iPhone 4S

Tiada iPhone 5! Tetapi iPhone 4S - review awal

iPhone 4S
Apple membuat kejutan dengan memperkenalkan model iPhone baru hari ini-sebuah model dinaik taraf yang dinamakan iPhone 4S. walaupun ianya dikatakan sebuah model yang powerfull, tetapi hakikatnya Apple telah mengecewakan ramai pelabur dan peminat iPhone kerana ianya bukan model baru secara keseluruhan iPhone 5 seperti yang dijangkakan.
Secara luaran iPhone 4S serupa dengan iPhone 4 yang telah setahun berada di pasaran. Tetapi dengan A5 processor (processor yang sama dengan yang terdapat di dalam iPad) dan dual-core graphics, dikatakan ianya 7 kali lebih pantas berbanding iPhone 4 sebelumnya. Ditambah pula dengan pemancar GSM dan CDMA menjadikan ianya sebuah telefon yang boleh digunakan di hampir semua Negara di dunia.
Antara features yang paling menarik tumpuan ialah pembantu peribadi yang dibangunkan oleh Apple yang dikenali sebagai 'Siri'Siri merupakan sejenis software yang membolehkan pengguna melaksanakan sebarang aktiviti menggunakan iPhone hanya melalui arahan suara. Ianya boleh diibaratkan seperti anda bercakap dengan iPhone anda sendiri. Sekiranya anda ingin mencari restoran terdekat, mencari tempat membuat pertukaran wang, mengejutkan anda bangun di waktu pagi sehingga membacakan dan membalas SMS, semua itu boleh dilakukan oleh pengguna dengan hanya arahan suara tanpa perlu membuat tetapan secara manual di iPhone.
Selain itu, 4S juga dilengkapi dengan kamera yang berkuasa tinggi yang berkemampuan menangkap gambar dalam keadaan cahaya rendah (73% tambahan cahaya) dengan lens f/2.4 8Megapixel (5Megapixel untuk iPhone 4) yang boleh menghasilkan gambar bersaiz 3264x2448 (60% peningkatan berbanding iPhone 4). Kamera iPhone yang terkini itu juga mampu melakukan zoom dengan hanya satu tap kepada objek/subjek sasaran di skrin sesentuh. Ianya juga hadir bersama 1080 HD video yang mempunyai penstabil automatik.
‘Find My Friends’ merupakan apps terbaru yang diperkenalkan yang boleh berfungsi sebagai alat untuk memantau pergerakan anak-anak di sekolah atau mengenalpasti kedudukan rakan anda di kawasan tumpuan ramai seperti di shopping complex dan pantai. Bagi pengguna yang mementingkan privasi, anda tidak perlu risau kerana Apps tersebut dilengkapi dengan elemen ‘privacy ‘serta ‘parental control’ yg juga merupakan salah satu features ‘iCloud’.-iCloud merupakan perkhidmatan yang disediakan Apple yang berfungsi untuk menyimpan segala data iDevice anda secara automatik dan online (tidak seperti iTunes yang menyimpan data di PC)
Satu perkara yang menarik ialah iPhone 4S akan mula menggunakan sistem pengoperasian (iOS) versi 5.0, yang merupakan versi ditunggu-tunggu oleh para Jailbreakers setelah kempunan untuk menggunakan iOS 4.3.4 dan 4.3.5 versi Jailbreak. iOS 5.0 hadir dengan lebih 200 features yang menjadi idaman semua pengguna iPhone.
iPhone 4S akan mula dijual di US bermula 14 Oktober pada harga tawaran USD199 (RM639) untuk model 16GB, model 32GB USD 299 (RM960) manakala buat pertama kalinya untuk model  64GB pula akan dijual pada harga USD399 (RM 1281). Ketiga-tiganya secara kontrak oleh Verizon Wireless, AT&T dan Sprint Nextel juga mengambil bahagian dalam perang antara telco di US. Model 3GS pula akan diberi secara percuma kepada pelanggan yang juga perlu melanggan talian secara kontrak.
Jelas di sini Apple telah melaksanakan strategi 'Blue Ocean' dengan pemberian percuma model 3GS dan menawarkan 3 varian berbeza bagi membolehkan iPhone digunakan lebih ramai orang tanpa mengira peringkat umur dan kedudukan serta tidak mustahil tagline “Now everyone can have an iPhone” akan diperkenalkan. Peminat iPhone di Malaysia mungkin perlu menunggu sehingga akhir November untuk mendapatkan produk tersebut di pasaran. Pihak admin myiphone2u dari semasa ke semasa akan memantau perkembangan iPhone 4S ini dan berkongsi dengan semua pengguna.

iPhone 5 akan Dilancarkan Hari Ini!!!

Teaser yang dikeluarkan oleh Apple
Lihat teaser pic di atas:

Tarikh: 4 Oktober 2011

Masa : 10 pagi (local time)

Varian: Hanya iPhone 5 SAHAJA! (menolak rumors mengatakan iPhone 4S juga akan dilancarkan serentak)

sama-sama kita nantikan!

p.s: waktu Malaysia 5/10/2011 1 a.m (live streaming drpd website Apple)

Monday, 3 October 2011

Tweak Review: biteSMS

Kali ini admin ingin memperkenalkan tweak yang popular di kalangan Jailbreakers iPhone iaitu biteSMS(SMS gigit! hahaha). jangan terpedaya dengan nama tweak tersebut kerana ianya tiada kena mengena dengan sebarang gigitan atau yang berkait dengannya. SMS merupakan keperluan asas bagi pengguna telefon termasuk iPhone. Sekiranya anda menggunakan handphone biasa, menerima SMS menjadi satu perkara rutin yang tidak mendatangkan sebarang masalah. Namun sekiranya anda pengguna iPhone, untuk menerima SMS semasa anda sedang melayari internet atau menggunakan apps adalah satu perkara yang anda harap perlu dielakkan. Ini kerana penerimaan SMS dalam keadaan tersebut kebiasaannya menganggu mood anda kerana anda perlu terlebih dahulu menutup (close) browser atau apps sebelum dapat view/reply kandungan SMS yang diterima.
Courtasy by www.macgazette.net dan www.appleguider.com
Walaubagaimanapun dengan adanya tweak biteSMS anda tidak perlu risau kerana setiap SMS yang diterima akan muncul di skrin serta dapat dibaca/reply atau terus membuat panggilan (suara/FaceTime/Skype) kepada penghantar dalam apa jua mode iPhone itu digunakan sama ada semasa melayari internet, bermain games dsb. terdapat banyak lagi features lain yang akan dinikmati oleh pengguna tweak biteSMSdan untuk merasai pengalaman ini anda perlu install tweak tersebut seperti berikut:

Cara install/gunakan biteSMS melalui Cydia :

1. Open Cydia >Search

2. Type biteSMS dan pilih

3. Klik 'Install' sehingga selesai

4. Klik Restart iPhone

5. Open biteSMS dan pilih Settings (icon skru di atas sebelah kanan)

6. Di 'Default Send Method' pilih 'Send via Mobile Carrier'

7. Scroll down klik 'ON' untuk 'Character Counter', 'Auto Correct', 'Show Contact Pics' dan 'All Timestamps'

8. Tahniah anda telah berjaya install biteSMS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...