Thursday 13 October 2011

iOS 5 Review: iMessage 'Senjata Pembunuh' BlackBerry Messenger (BBM)

Dalam usaha yang pasti menggusarkan pengguna BlackBerry (yang mengalami masalah rangkaian sejak beberapa hari), Apple telah membawakan system pesanan ringkas percuma melalui iOS 5 yang dikenali sebagai iMessage serta berfungsi mirip kepada BlackBerry Messenger (BBM).
iMessage boleh didapati secara ekslusif kepada pengguna iOS 5 secara built in di dalam Aplikasi Mesej Teks iPhone sedia ada. Mesej teks daripada pengguna yang mempunyai iOS 5 akan muncul dengan warna biru dan bukan hijau seperti biasa. Memilih antara mesej teks dan iMessage tidak memerlukan input daripada pengguna. Jika iPhone anda mempunyai sambungan data samada GPRS, EDGE atau 3G dan penerima juga menggunakan iOS 5, maka mesej teks yang ditulis akan dihantar sebagai mesej percuma iMessages.
Perkhidmatan ini juga dilengkapi dengan Delivery Reports serta pada masa yang sama akan muncul ikon di skrin untuk menunjukkan penerima sedang menaip/membalas mesej baru.
Selain mesej teks, imej bergambar dan video juga boleh dihantar sebagai iMessages. Bagi pengguna iPod atau mereka yang tidak melanggan pelan data tanpa had, mereka boleh menghantar iMessage tanpa dikenakan caj data selagi mempunyai sambungan Wi-Fi.
iMessage boleh menjadi ‘senjata pembunuh’ kepada BlackBerry yang sebelum ini menjadi pilihan kepada golongan bukan perniagaan (non business) disebabkan tarikan aplikasi BBM yang ditawarkan. Dengan masalah rangkaian data yang dihadapi oleh BlackBerry, ditambah dengan pengenalan iPhone 4S yang lebih berkuasa, iMessage sudah pasti akan meyakinkan pengguna untuk berubah selera daripada BlackBerry kepada iPhone.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...