Thursday 13 October 2011

iOS 5 Review: Notification Center - lebih jelas dan mudah!

Fungsi ‘Notification’ (notifikasi) sebenarnya telah tersedia sejak iOS mula diperkenalkan oleh Apple di dalam iDevice mereka. Walaubagaimanapun ianya kurang popular di kalangan pengguna iPhone disebabkan maklumat terhad yang ditawarkan oleh aplikasi tersebut. Keadaan ini memaksa pengguna beralih kepada aplikasi lain yang lebih releven dan menyebabkan ianya  terus dilupakan.
Namun begitu, aplikasi tersebut telah dinaiktaraf dengan pengenalan iOS 5 menjadikan ianya sebagai salah satu aplikasi yang perlu ada bagi setiap pengguna iPhone. Dalam versi yang terkini,, semua maklumat yang diperlukan oleh pengguna akan dipaparkan melalui panel notifikasi yang boleh diakses dengan cara melakukan swiping down di status bar sama ada semasa mode home screen atau mode penggunaan aplikasi. Senarai fungsi di panel notifikasi boleh disesuaikan dengan petunjuk seperti harga saham, cuaca, senarai contact telefon, emel, mesej teks, Facebook, Twitter atau mana-mana aplikasi lain mengikut keperluan dan selera pengguna.
Berbeza dengan iOS versi terdahulu di mana pengguna perlu menutup terlebih dahulu sebarang notifikasi yang muncul (dalam bentuk mesej ringkas di dalam kotak seperti SMS) sebelum boleh melakukan/meneruskan perkara lain. Dengan iOS 5, notifikasi tersebut kini boleh ditetapkan sebagai mesej ringkas di sebelah atas skrin tanpa perlu menyebabkan delay atau  menggangu ‘aktiviti semasa’ iPhone anda. Sebagai contoh sekiranya pengguna menerima notifikasi semasa bermain  games, ianya akan muncul di bahagian atas skrin antaramuka yang sama untuk tempoh masa beberapa saat tanpa menyebabkan aplikasi games itu bertukar kepada mode ‘pause’.

Notification juga akan memaparkan senarai bagi setiap panggilan, mesej dan emel yang diterima ketika iPhone berada dalam mode Lock Screen. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan cara  melakukan swipe terhadap petunjuk  mesej teks atau emel yang seterusnya akan membawa kepada pengaktifan apps yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...