Sunday 2 October 2011

Apakah itu Tweak?

Tweak
Pada masa kini, iPhone bagaikan telah menjadi satu fenomena global. hampir setiap ceruk rantau di dunia ini dilanda demam kegilaan iPhone iaitu gadget yang menjadi idaman setiap pengguna telefon di dunia. Namun menjadi persoalan sejauh manakah penggunaan iPhone itu terhadap seseorang individu? adakah cukup sekadar untuk membuat panggilan telefon atau menghantar SMS? atau sekadar melayari laman web biasa dan menunggu setiap bulan untuk membayar yuran internet iPhone mereka? 

Jika hanya itu tujuan menggunakan iPhone, admin menyarankan supaya pengguna seperti itu keluar daripada tempurung mereka dan melihat dengan lebih luas lagi akan kemampuan sebenar iPhone dengan cara menaiktaraf dengan malakukan Tweak.

"Tweak dalam erti kata mudah ialah mengadakan fine tuning untuk tujuan modifikasi bagi menjadikan iPhone anda lebih powerfull dan merasai pengalaman sebenar teknologi iPhone dengan kemampuan maksimum berbanding iPhone tanpa Jailbreak (yang biasa-biasa sahaja)."

Umum mengetahui bahawa pihak pengeluar iPhone iaitu Apple Inc. telah menghadkan features/kemampuan iPhone melalui versi iOS tertentu keluaran mereka bagi tujuan pemasaran. Dengan cara membuat limitation ini mereka beranggapan, dengan menawarkan new features kepada model iPhone generasi akan datang akan menarik minat peminat iPhone bagi membeli model baru tersebut (dengan iOS terbaru). 

Walaubagaimanapun, tindakan mereka telah mengundang rasa tidak puas hati segelintir pengguna iPhone yang membawa kepada usaha penggodaman iOS Apple secara besar-besaran di seluruh dunia yang membawa kepada penemuan (atau pembebasan) pelbagai jenis Tweak bagi memaksimumkan fungsi iPhone yang selama ini menjadi rahsia Apple.

Bagi membuat capaian kepada Tweak-Tweak tersebut, sesebuah iPhone perlu melalui proses Jailbreak (klik di sini untuk Tutorial Jailbreak) bagi mendapatkan aplikasi Cydia (klik SINI untuk mengetahui Cydia)dan seterusnya memuat turun pelbagai Tweak yang menarik.

Dalam entry seterusnya, pihak admin akan membuat review pelbagai jenis tweak yang menarik yang boleh dimuat turun bagi meningkatkan kemampuan fungsi setiap iPhone.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...