Tuesday 4 October 2011

'SIRI': Teknologi Masa Depan kini di iPhone 4S

Lupakan iPhone 4S seketika kerana bintang utama pada hari ini adalah ‘SIRI’!!!

Umum mengetahui teknologi imbasan suara (voice recognition) bukanlah sesuatu yang baru di mana Google merupakan antara nama besar yang telah memulakan inisiatif membangunkan teknologi tersebut melalui produk Google Voice Search.  Walaubagaimanapun produk tersebut  dikatakan siap separuh masuk serta mempunyai banyak kelemahan disebabkan batasan teknologi terutamanya dalam aspek kepintaran buatan (AI). Lantaran itu ianya tidak user friendly  menjadikan kehadirannya terus dilupakan oleh komuniti IT.

Namun dalam demo yang ditunjukkan oleh Apple semasa pelancaran iPhone 4S baru baru ini, ‘SIRI’ telah membuktikan bahawa anda tidak perlu untuk berlagak seperti pakar bahasa, atau bercakap menggunakan kod rahsia hanya semata-mata untuk memastikan gadget elektronik anda memahami dan seterusnya melaksanakan tugas dengan cekap melalui teknologi imbasan suara. Melalui ‘SIRI’, ia membolehkan anda melaksanakan hampir semua perkara di iPhone hanya melalui arahan suara.

Aplikasi ‘SIRI’ mampu mentafsir kehendak anda tanpa banyak soal. Sebagai contoh sekiranya anda memberi arahan kepada ‘SIRI’ supaya menghubungi abang anda, Siri akan secara automatik mentafsir arahan itu untuk mengesan nama abang anda di dalam senarai contact. Begitu juga jika anda berkehendakkan 2 tiket wayang pada jam 7 malam. ‘SIRI’ akan terus mengenalpasti laman web panggung wayang dan seterusnya melakukan tugasnya hingga selesai. Sekiranya ia tidak mampu mentafsir maksud awal sesuatu arahan, ‘SIRI’ akan bertanyakan soalan tambahan bagi memastikan hasil tugas yang akan dilaksanakan menepati kehendak sebenar pengguna.

Bagi admin ‘SIRI’ adalah masa depan bagi Apple. Sejauh mana Apple mampu mempertingkatkan kemampuan ‘SIRI’, maka selama itulah produk Apple akan terus releven di kalangan pengguna.

Dalam entry kali ini, admin ingin menjemput pembaca untuk sama-sama melihat video berkaitan dengan teknologi ‘SIRI’. Sebelum itu, admin ingin mengingatkan anda semua supaya percaya dengan apa yang anda akan lihat dan dengar kerana ianya bukan lagi mimpi…
Introducing Siri by iPhone 4S

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...