Admin myiphone2u ingin membawa pembaca kepada satu perkara menarik yang telah diselidiki tentang persoalan mengapa saiz skrin sesentuh iPhone masih 3.5-inci, manakala kebanyakan telefon Android dan juga Windows 7 berlumba-lumba untuk menawarkan saiz dimensi skrin yang lebih besar seiring dengan pengenalan versi baru telefon mereka.
Perkara ini didedahkan oleh Dustin Curtis, seorang pereka yang terlibat secara langsung dalam pembangunan Samsung Galaxy S II Android yang menawarkan skrin besar bersaiz 4.2-inci. Beliau menyatakan dalam penemuannya bahawa alasan mengapa Apple memilih untuk mengekalkan saiz skrin sesentuh iPhone lebih kecil adalah berasaskan faktor bagaimana pengguna menggunakan peranti (telefon) dengan satu tangan, di mana ibu jari mencapai titik sentuhan maksimun di atas skrin.
"Apabila anda mula-mula melihat dan menggunakan telefon dengan skrin 4-inci atau lebih besar, ia seolah-olah memberi pengalaman yang lebih baik bagi anda sebagai pengguna smart phone. Saya fikir ia adalah satu keputusan yang bersifat teknikal yang mempengaruhi keputusan anda dalam pemilihan jenis telefon. Tetapi sejak bertukar kepada Samsung Galaxy S II (telefon Android terbaik dalam kelasnya), saya telah sedar satu kelemahan apabila menggunakan skrin telefon besar. Kelemahan tersebut adalah apabila memegang telefon tersebut dengan satu tangan, saya tidak boleh menjangkau ke bahagian lain skrin dengan ibu jari saya."
Sebaliknya, Curtis menyatakan bahawa apabila menggunakan iPhone, beliau tidak berdepan masalah untuk mencapai dan membuat sentuhan merentasi jauh di pelbagai sudut skrin di mana tapak tangannya memegang telefon tersebut. Tambahnya lagi, ia sebenarnya membuatkan pengguna merasa lebih sempurna dan memberi pengalaman peribadi yang menarik dalam penggunaan telefon pintar.
Sekiranya anda mengharapkan untuk model iPhone yang mempunyai skrin yang lebih luas, anda perlu menunggu untuk tempoh yang lebih lama lagi kerana Apple masih lagi cenderung untuk mengekalkan prinsip rekaan mereka iaitu untuk menawarkan sesuatu yang bersifat ergonomik kepada pengguna.
No comments:
Post a Comment