Sunday 2 October 2011

Tweak Review: SBSettings

SBSettings installation melalui Cydia
SBSettings merupakan antara basic Tweak yang perlu ada di setiap iPhone. Secara umumnya, Tweak ini berfungsi sebagai short cut kepada beberapa settings iPhone seperti untuk mengaktifkan 3G, Edge, Bluetooth dan pelbagai lagi. Jika sebelum ini pengguna perlu pergi klik icon General untuk activate atau deactivate fungsi-fungsi tersebut, melalui Tweak SBSettings segalanya menjadi mudah tanpa perlu membuang masa dengan hanya slide di bahagian atas skrin iPhone untuk mula menggunakannya sebaik sahaja proses installation tweak tersebut berjaya.

Cara install/gunakan SBSettings melalui Cydia :

1. Open Cydia >Search

2. Type SBSetting dan pilih SBSettings

3. Klik 'Install' sehingga selesai

4. Klik restart iPhone5. Pergi kepada home screen dan slide bahagian atas screen

6. SBSettings akan muncul di skrin dan anda bebas untuk ubahsuai short cut icon dan jenis setting iPhone yang ada.

p.s: Anda juga boleh menambah setting untuk shortcut dengan cara ke Cydia>Section>Addons (SBSettings)atau melalui Cydia>Search (type SBSettings)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...