Wednesday 26 October 2011

iOS 5 Review: Perbandingan Tempoh Load Page Web menggunakan iOS5 VS iOS4

Berikut adalah berita baru yang Admin terima daripada seorang pengirim emel blog myiphone2u.blogspot.com di mana kandungan emel tersebut menyatakan perbandingan kelajuan dalam melayari laman web di antara iOS 5 dan iOS 4.

Laman web New Relic telah membuat kajian dengan menggunakan data Real User Monitoring (teknologi pemantauan pasif yang merekodkan semua interaksi pengguna di laman web) untuk menganalisis dan menyemak sama ada melayari internet secara mobile menggunakan iOS5 adalah lebih pantas berbanding iOS4.

Hasil daripada kajian tersebut secara purata melibatkan 3000 laman web mendapati tempoh bagi muat turun (load page) laman web dengan menggunakan iOS 5 adalah 4.1 saat berbanding iOS 4 iaitu 9.6 saat. Dalam satu ujian terkawal pula mendapati tempoh load page laman web bagi iOS 5 adalah 1.88 saat berbanding 6.34 saat untuk iOS 4.

Oleh yang demikian berdasarkan penemuan tersebut sudah pasti menjadi sebab yang kukuh mengapa pengguna iPhone perlu berubah kepada iOS 5 dengan segera bagi menikmati pengalaman pelayaran laman web yang lebih sempurna.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...