Friday, 14 October 2011

iOS 5 Review: Reminders - Membantu Hidup Anda!

Walaupun hari ini terdapat banyak apps ‘to-do-list’ untuk iPhone sama ada yang ditawarkan di Apps Store atau Installous, Apple telah mengambil langkah kehadapan dengan memperkenalkan apps ‘to-do-list’ nya sendiri yang dikenali sebagai Reminders dalam pakej iOS 5.
Ianya dilihat cukup ringkas tetapi amat penting terutamanya kepada wanita yang sibuk dengan kerjaya dan pada masa yang sama perlu memikirkan tanggungjawab sebagai surirumah.
Sekiranya seseorang pengguna terfikir sesuatu perkara yang perlu diberi perhatian seperti membeli susu selepas waktu kerja, beliau hanya perlu menambah di dalam senarai Reminders dan boleh menetapkan alarm (ciri yang tiada dalam versi iOS sebelum ini) sekiranya perlu.. Satu notifikasi akan muncul di skrin untuk mengingatkan pengguna apabila tiba waktu yang telah ditetapkan .
Apa yang menjadikan Reminders unik berbanding aplikasi ‘to-do-list’ yang lain ialah ianya mampu untuk mengesan lokasi anda melalui fungsi GPS yang ada dalam aplikasi berkenaan. Untuk menggunakan fungsi GPS tersebut anda perlu menetapkan lokasi terlebih dahulu dengan menggunakan aplikasi “Maps” dan menyimpannya dalam senarai contact. Selepas itu, dengan menggunakan Reminders, pengguna perlu retrieve lokasi yang disimpan di dalam senarai contact dan seterusnya Reminders akan memaklumkan kepada pengguna  ‘to-do-list’ yang telah disenaraikan sebaik sahaja tiba di lokasi berkenaan.

Komen admin ialah, untuk membuat penetapan lokasi seperti yang tersebut di atas dilihat sungguh melecehkan dan tidak user friendly. Admin berharap pihak Apple dapat mempertimbangkan fungsi ‘drop a pin’ secara terus untuk memilih lokasi seperti yang ada di dalam aplikasi ‘Maps’ untuk updates iOS akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...