Tuesday, 4 October 2011

Tiada iPhone 5! Tetapi iPhone 4S - review awal

iPhone 4S
Apple membuat kejutan dengan memperkenalkan model iPhone baru hari ini-sebuah model dinaik taraf yang dinamakan iPhone 4S. walaupun ianya dikatakan sebuah model yang powerfull, tetapi hakikatnya Apple telah mengecewakan ramai pelabur dan peminat iPhone kerana ianya bukan model baru secara keseluruhan iPhone 5 seperti yang dijangkakan.
Secara luaran iPhone 4S serupa dengan iPhone 4 yang telah setahun berada di pasaran. Tetapi dengan A5 processor (processor yang sama dengan yang terdapat di dalam iPad) dan dual-core graphics, dikatakan ianya 7 kali lebih pantas berbanding iPhone 4 sebelumnya. Ditambah pula dengan pemancar GSM dan CDMA menjadikan ianya sebuah telefon yang boleh digunakan di hampir semua Negara di dunia.
Antara features yang paling menarik tumpuan ialah pembantu peribadi yang dibangunkan oleh Apple yang dikenali sebagai 'Siri'Siri merupakan sejenis software yang membolehkan pengguna melaksanakan sebarang aktiviti menggunakan iPhone hanya melalui arahan suara. Ianya boleh diibaratkan seperti anda bercakap dengan iPhone anda sendiri. Sekiranya anda ingin mencari restoran terdekat, mencari tempat membuat pertukaran wang, mengejutkan anda bangun di waktu pagi sehingga membacakan dan membalas SMS, semua itu boleh dilakukan oleh pengguna dengan hanya arahan suara tanpa perlu membuat tetapan secara manual di iPhone.
Selain itu, 4S juga dilengkapi dengan kamera yang berkuasa tinggi yang berkemampuan menangkap gambar dalam keadaan cahaya rendah (73% tambahan cahaya) dengan lens f/2.4 8Megapixel (5Megapixel untuk iPhone 4) yang boleh menghasilkan gambar bersaiz 3264x2448 (60% peningkatan berbanding iPhone 4). Kamera iPhone yang terkini itu juga mampu melakukan zoom dengan hanya satu tap kepada objek/subjek sasaran di skrin sesentuh. Ianya juga hadir bersama 1080 HD video yang mempunyai penstabil automatik.
‘Find My Friends’ merupakan apps terbaru yang diperkenalkan yang boleh berfungsi sebagai alat untuk memantau pergerakan anak-anak di sekolah atau mengenalpasti kedudukan rakan anda di kawasan tumpuan ramai seperti di shopping complex dan pantai. Bagi pengguna yang mementingkan privasi, anda tidak perlu risau kerana Apps tersebut dilengkapi dengan elemen ‘privacy ‘serta ‘parental control’ yg juga merupakan salah satu features ‘iCloud’.-iCloud merupakan perkhidmatan yang disediakan Apple yang berfungsi untuk menyimpan segala data iDevice anda secara automatik dan online (tidak seperti iTunes yang menyimpan data di PC)
Satu perkara yang menarik ialah iPhone 4S akan mula menggunakan sistem pengoperasian (iOS) versi 5.0, yang merupakan versi ditunggu-tunggu oleh para Jailbreakers setelah kempunan untuk menggunakan iOS 4.3.4 dan 4.3.5 versi Jailbreak. iOS 5.0 hadir dengan lebih 200 features yang menjadi idaman semua pengguna iPhone.
iPhone 4S akan mula dijual di US bermula 14 Oktober pada harga tawaran USD199 (RM639) untuk model 16GB, model 32GB USD 299 (RM960) manakala buat pertama kalinya untuk model  64GB pula akan dijual pada harga USD399 (RM 1281). Ketiga-tiganya secara kontrak oleh Verizon Wireless, AT&T dan Sprint Nextel juga mengambil bahagian dalam perang antara telco di US. Model 3GS pula akan diberi secara percuma kepada pelanggan yang juga perlu melanggan talian secara kontrak.
Jelas di sini Apple telah melaksanakan strategi 'Blue Ocean' dengan pemberian percuma model 3GS dan menawarkan 3 varian berbeza bagi membolehkan iPhone digunakan lebih ramai orang tanpa mengira peringkat umur dan kedudukan serta tidak mustahil tagline “Now everyone can have an iPhone” akan diperkenalkan. Peminat iPhone di Malaysia mungkin perlu menunggu sehingga akhir November untuk mendapatkan produk tersebut di pasaran. Pihak admin myiphone2u dari semasa ke semasa akan memantau perkembangan iPhone 4S ini dan berkongsi dengan semua pengguna.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...