Monday 10 October 2011

Apple Selepas Era Gemilang Steve Jobs

Di kala dunia masih meratapi pemergian bapa teknologi moden Steve Jobs, pada masa  yang sama ramai pemerhati tertanya-tanya tentang hala tuju syarikat Apple selepas ini. Apple yang pada ketika ini merupakan syarikat paling berharga di dunia yang telah menjual lebih 15 juta unit iPad dan 55 juta unit iPhone di seluruh dunia baru sahaja melantik Tim Cook sebagai CEO yang baru pada bulan Ogos 2011.

Tim Cook-New CEO Apple
Untuk rekod, Cook telah menyertai Apple pada tahun 1998. Walaubagaimanapun track rekod beliau yang tidak pernah menganggotai sayap kreatif Apple sepanjang kerjayanya di situ bakal menimbulkan banyak persoalan tentang sejauh mana keberkesanan produk baru Apple di masa akan datang. Satu-satunya perkara yang mungkin menjadi kelebihan beliau ialah pengalaman memangku tugas CEO Apple semasa Jobs menjalani pembedahan kanser pada tahun 2004. Dalam kenyataan terbarunya, Cook telah menyatakan bahawa beliau tidak akan mengubah pendekatan Apple dan menekankan akan meneruskan kerja seperti mana yang telah Jobs lakukan sebelum ini.
Bagi admin, walau siapa pun yang menggantikan tempat Jobs, Apple akan terus kekal dengan visinya yang unik iaitu dengan menjadikan teknologi lebih bernilai untuk pengguna. Blog myiPhone2u akan terus memantau perkembangan produk Apple terutamanya iPhone pasca Steve Jobs dan akan berkongsi dengan semua pembaca setia blog ini. Yang pergi tak mungkin kembali dan bagi yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan seperti biasa di muka bumi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...